KERAJAAN Negeri Pulau Pinang komited dalam pembangunan belia dengan harapan dapat mencorak serta melahirkan golongan pelapis yang mengamalkan gaya hidup sihat, berkualiti, memiliki jati diri mampan, penerapan nilai-nilai murni positif, bersemangat patriotic, mampu berdikari dan berdaya saing demi cabaran masa depan.
Dalam mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri berganding bahu bersama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dalam semua bentuk usahasama golongan belia di negeri ini. Pembangunan modal insan tersebut akan dibangunkan secara menyeluruh bukan hanya dalam bidang akademik tetapi turut menerapkan unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan sukan.
Lanjutan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan kepada MBNPP dalam bentuk “out-right grant” bagi penganjuran aktiviti-aktiviti khas untuk belia di negeri Pulau Pinang. Sebanyak 21 badan gabungan dan lima majlis belia daerah mendapat manfaat berupa wang tunai sebagai bantuan pentadbiran bagi membantu pengurusan pertubuhan masing-masing.
Pada masa sama, satu kajian berkaitan keperluan program belia di Pulau Pinang telah dijalankan dan hasil kajian tersebut digunakan untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan komprehensif holistik.
Secara keseluruhan, program-program belia yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan MBNPP mampu memberi impak positif terhadap pembangunan belia. Antara program yang berjaya dilaksanakan oleh MBNPP adalah Seminar Segar Kasih Keibubapaan, Program Belia Berbakti Daerah Pulau, Program Citra Khidmat Sukarelawan, Kem Interaksi Belia Berwawasan, Konvoi Pandu Cermat Jiwa Selamat (Motosikal).
Peruntukan Kerajaan Negeri Bagi Pembangunan Belia Pulau Pinang :
Tahun |
Jumlah (RM) |
2008 |
150,000 |
2009 |
150,000 |
2010 |
300,000 |
2011 |
300,000 |