ESTEEM kembang bakat sumber manusia

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

SERI DELIMA – Langkah Kerajaan Negeri melaksanakan penerapan Sains, Teknologi Kejuruteraan, Bahasa Inggeris dan Matematik (ESTEEM) dalam sistem pendidikan terpilih di negeri ini adalah serampang tiga mata demi mengembangkan bakat sumber manusia Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah itu perlu demi memastikan sumber manusia di negeri ini benar-benar boleh memenuhi permintaan pasaran ekonomi global yang kian berubah-ubah serta mencabar pada masa depan.

“Kita tidak mempunyai sumber asli, tetapi, hanya sumber manusia.

“Justeru, perlu dipastikan sistem pendidikan  ini mempunyai apa yang diperlukan dalam menghadapi cabaran global dan perubahan permintaan pasaran kini.

“Kita (Kerajaan Negeri) menyediakan pembiayaan tahunan kepada semua sekolah-sekolah vernakular dan separuh agama.

“Kedua, penubuhan Pusat Pembelajaran yang mengguna pakai konsep STEM (Pengajaran Sains, Teknologi, Bahasa Inggeris dan Matematik).

“Yang terakhir usaha menarik universiti bertaraf dunia serta mengguna pakai sistem sekolah Vokasional Jerman ke dalam syarikat-syarikat antarabangsa dengan harapan agar Pulau Pinang menjadi negeri pertama menjalankannya (sistem Sekolah Vokasional Jerman),” jelasnya pada Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Pembelajaran Karpal Singh Pulau Pinang (KSPLC) di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima,  R.S.N. Rayer dan Ramkarpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor).

Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri turut menubuhkan Kluster Sains Pulau Pinang (PSC) di Wisma Yeap Chor Ee dekat George Town untuk tujuan pameran ciptaan saintifik tempatan.

Di wisma tersebut, Kafe Sains Pulau Pinang yang terbesar di negeri ini turut diwujudkan bagi pengajian formal mengenai bidang robotik.

Kira-kira RM4 juta diperuntukkan ECM Libra Foundation bagi membangunkan pusat tersebut di atas tanah sebidang tanah berkeluasan 2.63 ekar dalam Kawasan Parlimen Bukit Gelugor hasil model perkongsian awam swasta (PPP).

Manakala, KSPLC yang telahpun siap dibina di Kawasan Parlimen Bukit Gelugor di sini pula adalah bertujuan meningkatkan keupayaan pembelajaran ESTEEM serta bidang robotik dalam kalangan generasi muda ke arah melahirkan sumber manusia berbakat pada masa depan.

} else {