Exco harap tahun 2022 lebih baik, seru lebih ramai salur bantuan kepada yang memerlukan

Admin

GEORGE TOWN – Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee hari ini mengedarkan kalendar 2022 kepada kakitangan Bahagian Penerangan Pejabat Ketua Menteri dekat Komtar sebentar tadi.

Lip Chee berkata, kalendar tahun 2022 berserta sebuah diari dan takwim tahunan adalah disumbangkan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) khusus untuk petugas media.

“Sebanyak 140 set kalendar dicetak dan diedarkan kepada semua petugas media yang sentiasa terlibat dalam menyediakan berita-berita terkini dan penting di negeri Pulau Pinang.

“Diharapkan kita dapat bersama-sama meningkatkan motivasi menempuh tahun baru yang bakal menjelang tidak lama lagi,” ujarnya.

SOON Lip Chee.

Lip Chee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal turut menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya mangsa banjir di Pahang dan Selangor.

SEKITAR misi bantuan yang dijalankankan di Bentong.

“Seramai 32 sukarelawan PYDC dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) telah ke Bentong untuk melaksanakan misi bantuan banjir pada 28 hingga 30 Disember 2021.

“Pada 1 Januari 2022 pula, beberapa ADUN akan turut serta dalam misi bantuan banjir tersebut termasuklah ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim dan lain-lain lagi,” kata Lip Chee sambil menekankan agar semua pihak perlu terus peka dengan keadaan bencana yang mungkin akan melanda sekali lagi.

Oleh: NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar: LAW SUUN TING