Exco mahu atlet floorball martabat sukan tersebut ke peringkat lebih tinggi

img 7526

BATU UBAN – Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen mahu atlet daripada 50 pasukan yang menyertai Kejohanan Floorball Sekolah-sekolah Malaysia (KFSM) mampu memartbatkan sukan tersebut ke arah lebih tinggi.

Jelasnya, KFSM 2024 menjadi platform terbesar bagi sukan floorball yang masih dianggap baharu di Malaysia.

“Walaupun floorball tidak dipertandingkan peringkat Sukan Malaysia (SUKMA), namun tiga edisi Sukan SEA ia sudah dipertandingkan.

“Floorball sudah dipertandingkan pada Sukan SEA Singapura, Filipina dan Kemboja dengan Malaysia berjaya membawa pulang lima pingat gangsa daripada tiga kejohaan itu.

“Jadi saya harap atlet-atlet remaja di hadapan saya ini mampu memartabatkan sukan ini ke peringkat lebih tinggi dan menjadi pelapis kebangsaan,” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Penutup KSAM di Kompleks Sukan Azman Hashim Unitversiti Sains Malaysia (USM) semalam.

img 7517

Kategori lelaki dan perempuan menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Sutera menempa nama selaku juara 18 tahun ke bawah.

SMK Taman Sutera menewaskan menewaskan pencabar masing-masing iaitu Penang Free School dan SMK Tun Hussein Onn.

img 7509
Sementara itu pasukan SMK Bukit Bandaraya muncul juara lelaki bawah 15 tahun setelah menumpaskan SMK Tun Hussein Onn.

Untuk kategori perempuan bawah 15 tahun, SMK Tun Hussein Onn unggul mengenepikan cabaran SMK Convent Green Lane.

Kategori lelaki bawah 12 tahun pula, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tun Aminah muncul juara dan SK Seri Gading  johan bagi kategori perempuan bawah 12 tahun.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD