Exco saran kedai serbaneka utamakan produk IKS tempatan

Admin

GEORGE TOWN – Exco Perdagangan, Industri dan Keusahawanan, Dato’ Abdul Halim Hussain menyeru pemilik-pemilik kedai serbaneka di negeri ini agar mengutamakan kepada pemasaran produk tempatan.

 

 

Kata, perkara tersebut mampu menjadikan impak ekonomi tersebut turut dirasai oleh usahawan-usahawan tempatan terutamanya melibatkan industry kecil sederhana (IKS) Pulau Pinang.

 

 

“Produk-produk usahawan Pulau Pinang sekarang tidak kurang hebatnya dan lebih kontemporari seiring dengan kehendak pelanggan seperti pastri, kudapan dan pelbagai lagi.

 

 

“Sekiranya diberi ruang pemasaran melalui kedai-kedai serbaneka ini, saya yakin ia meningkatkan pendapatan dan limpahan ekonomi itu akan dirasai oleh banyak golongan dalam lapisan masyarakat,” ujar beliau ketika merasmikan pembukaan cawangan ketiga Ninja Mart di Lebuh Chulia di sini tengah hari tadi.

 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dan Pengasas Kedai Serbaneka Ninja Mart, Dr. CK Neoh.

 

 

CK Neoh dalam pada itu menyasarkan untuk membuka 30 cawangan Ninja Mart di seluruh Pulau Pinang menjelang penghujung tahun 2023.

 

 

“Seperti yang diperkatakan Dato’ (Abdul Halim) produk utama kami iaitu sushi adalah buatan anak tempatan, termasuk roti dan mungkin akan menambah sekiranya ada permintaan dan menepati kehendak syarikatnya,” katanya kepada pemberita.

 

 

Pada majlis sama, Ninja Mart turut menyampaikan sumbangan amal kepada rumah-rumah anak yatim dan kebajikan di Pulau Pinang.

 

 

Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI