Exco saran klinik swasta bantu kerajaan sampaikan perkhidmatan kepada rakyat

Admin
photo 2024 02 24 18 00 26

GEORGE TOWN – Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen menghargai peranan pasukan Klinik O2 ketika negeri Pulau Pinang menggerakkan program vaksin bagi COVID-19 bermula tahun 2021.

 

Katanya, peranan klinik swasta tersebut sedikit sebanyak membantu kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempercepatkan program pemberian vaksin kepada rakyat.

 

“Seperti mana kita tahu, COVID-19 telah menduga kita dari segi kesihatan dan ekonomi dalam tempoh dua tahun atau lebih.

 

 

“Pihak Klinik O2 pada sama tersebut telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam menguruskan pemberian vaksin melalui pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Bandar Perda, saya masih ingat lagi.

 

 

“Selain itu Klinik O2 juga mengambil bahagian dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan melalui program Skim PEKA B40 dan Skim Perubatan Madani di bawah KKM bagi mencapai sasaran membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan terbaik,” ujar Zi Sen pada Sambutan Ulang Tahun Klinik O2 Kali Ke-12 dekat Klinik O2 Heritage Jalan Macalister kelmarin.

 

 

 

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersama isteri, Toh Puan Khadijah Mohd. Nor.

 

 

Hadir sama, Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran dan Pengasas Klinik O2, Dr. Koay Chun Hang.

 

 

Zi Sen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang dalam pada itu turut berharap Klinik O2 dpat memacu dan mendidik orang ramai tentang kesihatan selaras dengan visi Kerajaan Negeri Penang2030.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS