EXCO Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin petang tadi menerima kunjungan hormat Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Pulau Pinang, Anuar Mat Esa di pejabatnya dekat Komtar.
Turut serta, Timbalan Pengarah LPP Negeri, Zulkiffli Mohamed.
Dalam pertemuan itu, Afif mencadangkan agensi persekutuan berkenaan untuk saling bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang bagi menggalakkan kembali golongan muda terlibat dalam aktiviti penanaman padi.
“Kalau boleh, galakkan balik orang muda belia buat bendang,” saran Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.
Sebelum itu, Anuar membentangkan mengenai peranan dan sasaran kerja LPP negeri.
Gambar: CHAN KOK KUAN