Fenhas A mucul juara sepak takraw Piala TKM I

e53469fa 7629 406f 90d9 a82a62b2718d

BATU UBAN – Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid berharap pertandingan sepak takraw peringkat daerah dapat dilaksanakan selepas sambutan Aidilfitri pertengahan April nanti.

 

Katanya, penganjuran program tersebut perlu bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan sepak takraw di Pulau Pinang yang telah berjaya melahirkan ramai lagenda sebelum ini.

 

 

“Kita bercadang untuk mulakan dengan daerah Seberang Perai Utara (SPU) dahulu sebelum ke SPT (Seberang Perai Tengah), SPS (Seberang Perai Selatan), Timur Laut dan akhir sekali Barat Daya.

 

5bd997f9 5919 4ad2 bf1d 8c2accc184c9

“Saya percaya penganjuran seperti ini akan membuka peluang yang lebih kepada Pulau Pinang untuk mencari bakat-bakat muda selain daripada program-program sedia ada yang dijalankan oleh badan-badan sukan Kerajaan,” ujar beliau ketika berucap pada Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru Bersih Piala Timbalan Ketua Menteri I, dekat Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, kelmarin.

 

 

 

Pada pertandingan tersebut, pasukan Fenhas A muncul juara daripada 80 pasukan yang bertanding. Fenhas B pula terpaksa akur selaku naib johan diikuti tempat ketiga milik bersama pasukan Kerinchi A dan KBSB A.

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI