Festival Belon Udara Panas, trafik terkawal

Admin

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

GEORGE TOWN – Dakwaan sebuah ambulans terperangkap dalam kesesakan trafik kononnya disebabkan kenderaan pengunjung Festival Belon Udara Panas 2016 yang diletakkan secara ‘haram’ berdekatan Jalan Utama di sini barubaru ini adalah tidak berasas.

Demikian respons Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa mengulas laporan berita, ‘Fuming over jams caused by hot air balloon fest’ yang disiarkan dalam akhbar perdana berbahasa Inggeris pada 11 Februari lalu.

“Kita (Kerajaan Negeri) harap ia tidak cuba diganggu oleh tuduhantuduhan tidak berasas kerana kami (Kerajaan Negeri) tidak menerima apaapa aduan seperti didakwa,” jelasnya pada sidang media di sini.

Wakil penganjur, Izzati Khairudin daripada syarikat AKA Balloon Sdn. Bhd. turut menjelaskan bahawa festival tersebut menerima kunjungan luar biasa, tetapi keadaan trafik masih terkawal.

Difahamkan, pertunjukan 15 belon udara panas pelbagai bentuk diiringi percikan bunga api selama kira-kira tiga minit berjaya menarik ribuan pengunjung pada majlis pelancaran festival tahunan tersebut.

Pengarah Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ferose Md. Noor pada sidang media yang sama menafikan laporan berkaitan.

Menurutnya, sepanjang tempoh dua hari berlangsungnya festival tersebut, sebanyak 30 kenderaan dan 40 motosikal ditunda pada hari pertama, manakala pada hari kedua, kenderaan (32) dan 15 motosikal (15).

“Ini sedikit banyak telahpun melancarkan aliran trafik,” kata beliau.

Pegawai Penguatkuasa Trafik Daerah Timur Laut, Inspektor Mohd. Izarrie Shafie turut menafikan sekeraskerasnya laporan tersebut.

Turut memberi penjelasan, Pengarah Khidmat Pengurusan MBPP, Akbar Mustapha.

Terdahulu, laporan atas talian media terbabit pada 11 Februari lalu antara lain melaporkan ambulans terperangkap dalam kesesakan trafik disebabkan kenderaan-kenderaan pengunjung diletakkan secara haram di sepanjang jalan menuju ke Padang Polo.