Festival Bukit Bendera 2019 promosi nilai sejarah, budaya, alam sekitar negeri

Admin

AIR PUTIH – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata, penganjuran Program Festival Bukit Bendera (PHF) 2019 sebenarnya menyumbang pada usaha mempromosikan Pulau Pinang daripada aspek nilai sejarah, budaya dan alam sekitar.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Perbadanan Bukit Bendera (PHC) atas penganjuran program ini kerana berjaya mendekatkan orang ramai dengan kekayaan hutan serta alam sekitar yang hijau.

“Sambutan PHF 2018 yang berlangsung selama sembilan hari berjaya membawa seramai 52,000 orang pengunjung menerokai alam sekitar di kawasan ini.

“Oleh itu, PHC bersetuju untuk menganjurkan program PHF bagi tahun ini hasil sokongan padu daripada orang ramai,” ucapnya semasa menghadiri majlis penutupan ‘Music On The Hill – East Meets West Sabtu lalu.

Hadir sama, Dato’ Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang dan Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), Dato Cheok Lay Leng.

Turut berucap, Dato Cheok berharap agar orang ramai yang hadir sepanjang festival itu berlangsung mampu menimba pengalaman mendapat pendedahan mengenai Bukit Bendera.

Persembahan muzik yang menghiasi majlis penutupan festival seperti alat muzik elektronik, gitar, orkestra dan juga gamelan ternyata menggamit tumpuan para hadirin.

Oleh: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN
Gambar: NUR AFIQAH ZAINUDI