AIR ITAM – Demi kebajikan para penduduk yang mendiami 900 unit rumah di Flat Kampung Melayu sejak tahun 1975, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif khas untuk menjalankan kerja-kerja penambahbaikan dan mengecat semula bangunan tersebut.
Umumnya, kerja-kerja pengecatan dan penambahbaikan telah dimulakan pada Oktober lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2012.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang prihatin terhadap kebajikan penduduk di kedua-dua blok A dan B Kampung Melayu dan dengan itu amat berbesar hati untuk menaiktaraf infrastruktur bangunanbangunan tersebut demi keselesaan penduduk.
“Kini, bangunan blok A telah dinaik taraf dan siap sepenuhnya dengan kerja-kerja pendawaian semula. Kerja-kerja menaiktaraf akan diteruskan bagi ‘menceriakan’ kembali antara kampung tertua di negeri ini,’’ katanya ketika Majlis Perasmian Mengecat Semula Blok B Flat Kampung Melayu di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, salah seorang penduduk tertua Kampung Melayu yang hanya dikenali sebagai Ariffin melahirkan rasa gembiranya hasil usaha yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri.
“Terima Kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang bukan sahaja prihatin terhadap kebajikan kami tetapi sekaligus menceriakan kembali kampung halaman kami yang telah didiami sekian lamanya,” jelas beliau lagi.
Projek Pengecatan Semula Kampung Melayu dijangka menelan belanja sebanyak RM270,000.
Di mana sebanyak 80% kosnya ditanggung oleh Kerajaan Negeri manakala sektor korporat, 20%.