TELUK BAHANG – Sempena sambutan Hari Bumi, Flextronics Technology Sdn. Bhd. (Flex) dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Teluk Bahang telah melaksanakan program Earth Day Challenge bagi memupuk kesejahteraan alam sekitar dan memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat.
Menurut Pengarah Projek Earth Day Challenge, Nur Syuhaida Nadhirah, program ini bertujuan untuk mempromosikan kesejahteraan alam sekitar dengan menggunakan baja organik yang dihasilkan daripada projek kompos sisa makanan.
“Melalui program ini (Earth Day Challenge), kami (Flex) ingin memastikan hubungan dengan masyarakat melalui PPDK dan menyokong inisiatif mereka ke arah kesejahteraan alam sekitar,” ujarnya pada program berkaitan di sini pagi ini.

Tambahnya lagi, antara inisiatif utama program ini adalah pemasangan rumah tanah oleh Flex yang bertujuan untuk menyokong pembangunan tanah di PPDK.
“Kami juga menyumbangkan dua beg baja organik daripada projek kompos makanan yang boleh digunakan oleh PPDK sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual.
“(Dan) daripada hasil pendapatan yang dapat ia boleh digunakan untuk pengurusan mereka (PPDK),” katanya.
Hadir sama, Wakil Pengurusan Flex, Lee Jiann Hwa; Pengerusi PPDK Teluk Bahang, Zuki Hasan; Pengurus pengeluaran lapangan FPM EHS (Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan), K. Vicknesvarran.
Dalam pada itu, Nur Nadhirah yang bekerja sebagai Jurutera EHS (Persekitaran, Kesihatan, dan Keselamatan) di Flex menyatakan bahawa program ini akan berlangsung dari 7 hingga 18 April 2025.
Pada program tersebut, seramai 20 staf mekanikal daripada Flex turut sertai untuk menyempurnakan objektif program ini.

Serentak itu, Zuki ketika ditemui turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Flex atas sumbangan dan sentiasa memberikan sokongan kepada PPDK Teluk Bahang.
“(Kerjasama ini) Flex dan PPDK Teluk Bahang diharap dapat memberi impak positif terhadap alam sekitar dan memperkukuh hubungan komuniti setempat untuk kelestarian bersama,” ujarnya.
Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: LAW SUUN TING