Fort Cornwallis jangka dibuka sepenuhnya Julai 2025 sempena Hari Warisan

1ad72e82 9333 4332 af7d 694e42aed03f TINJAUAN Buletin Mutiara mendapati sebahagian kawasan pemajuan fasa 1 yang telah siap di Fort Cornwallis di sini pada 13 Januari 2025.

FORT Cornwallis yang terletak di persisir pantai utara Pulau Pinang merupakan antara mercu tanda warisan ketara yang terus dipulihara dan dipelihara.

Tiga pihak iaitu George Town Conservation and Development Corporation Sdn. Bhd. (GTCDC), Think City Sdn. Bhd. (Think City) dan Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) ketika ini sedang gigih menyiapkan fasa kedua projek konservasi dan penyediaan semula parit kubu (moat) di bahagian barat Fort Cornwallis yang dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai 2025.

img 4713
HAMDAN Abdul Majeed

Pada 14 Januari 2025, wartawan Buletin Mutiara, ZAINULFAQAR YAACOB dan jurugambar, NOOR SITI NABILAH NOORAZIS berpeluang mendapatkan komentar lanjut orang kuat di sebalik projek konservasi itu iaitu lain tak bukan Pengarah Urusan Think City, DATO’ HAMDAN ABDUL MAJEED.

Berikut adalah bingkisan wawancara Buletin Mutiara bersama-sama Hamdan;

Wartawan:  Setakat kini berapa peratus projek itutelah disempurnakan?

Hamdan: Jika mengambi lkira kedua-dua paritkubu (moat) di bahagian Selatan dan Barat Fort Cornwallis bersama, projek ini telahpun mencapai peratus kemajuan sebanyak 75 peratus termasuk komponen struktur dan landskap.

Kesemua kerja-kerja struktur dan saliran akan disiapkan pada bulan Mac 2025, manakala komponen-komponen landskap pula pada pertengahan bulan Mei 2025.

Penyiapan parit kubu (moat) ini akan mencerminkan pencapaian ketara dalam pemeliharaan Tapak Warisan Dunia George Town, dilengkapkan dengan penambahbaikan struktur dan landskap kawasan tersebut.

Ini adalah penting bagi memelihara dan mempamerkan integriti bersejarah kubu Fort Cornwallis serta kawasan persekitarannya.

Wartawan: Bolehkah diperincikan kerja-kerja yang masih belum siap atau sedang dilakukanbagi projek tersebut ketika ini?

Hamdan: Kerja-kerja yang masih sedang berjalan bagi fasa ini meliputi kerja-kerja kritikal seperti menghubungkan parit kubu bahagian Barat dengan bahagian Selatan bagi mewujudkan semula badan air yang berterusan mengelilingi kubu Fort Cornwallis seperti dahulu.

Selain itu, jambatan dan pintu gerbang bahagian Barat Fort Cornwallis sedang dibina bersama-sama dengan kerja-kerja landskap bagi menambah baik kawasan persekitaran dan mempertingkatkan akses dan pengalaman pelawat/pengunjung.

Elemen-elemen ini adalah penting dalam proses pemuliharaan kubu Fort Cornwallis kepada asalnya dari segi pelan susun atur dan juga visual.

Wartawan: Setakat ini, sejauh mana pelancong tempatan dan antarabangsa boleh mengakses kawasan pelancongan di tapak warisan ketara tersebut?

Hamdan:  Pada waktu ini, pelancong-pelancong mempunyai akses penuh ke kawasan utama kubu Fort Cornwallis melalui bahagian Timur yang mempunyai pintu masuk yang memberi akses kesemua ciri dalaman, termasuk bilik-bilik ang telah dipelihara baru-baru ini.

Sebahagian akses akan dihadkan semasa kerja-kerja pemulihan di bahagian laman dalaman dijalankan. Kerja-kerja ini dijangkakan akan berlaku dalam tempoh dua suku pertama tahun 2025.

Namun begitu, parit kubu bahagian Selatan telah separa dibuka bagi membolehkan pelawat tempatan dan antarabangsa untuk menikmati reruang awam tersebut pada waktu petang, bermula pukul 4 petang setiap hari.

Langkah-langkah ini memastikan pelawat dapat merasai dan mengecap aspek-aspek utama tapak warisan ketara ini walaupun kerja-kerja pemuliharaan sedang berjalan.

Wartawan: Apakah daya tarikan baharu dan utama yang akan terdapat dalam fasa 2 projek tersebut apabila siap kelak?

c95d2743 8ba5 4fdd b1ce f95da1319c85
PARIT kubu berair di Port Cornwallis yang begitu indah dan menjadi antara tarikan pelancongan di sini.

Hamdan: Setelah selesai fasa 2 projek ini, pelawat akan dapat menikmati parit kubu bersejarah yang telah dipulihara di bahagian selatan dan barat kubu Fort Cornwallis yang bukan sahaja mendedahkan tinggalan-tinggalan arkeologi perkubuan luar malah di kelilingi kawasan berlandskap sepenuhnya yang mewujudkan semula kawasan latar bersejarahyang tidak terhalang.

Sebuah taman permainan bertema nautika juga dicadangkan untuk dibina berdekatan kubu paritbahagian barat untuk meningkatkan tarikan tapaktersebut sebagai kawasan mesra keluarga.

Di samping itu, selari dengan kubu parit bahagian barat akan terdirinya sebuah medan selera yang dibina semula yang sesuai digunakan sebagai ruang santai yang melengkapkan lagi tarikan-tarikan di tapak bersejarah tersebut.

Di bahagian dalam kubu Fort Cornwallis pula, galeri-galeri di bilik stor kubu yang telah dipulihara akan menempatkan pameran yang meneroka sejarah di sebalik kubu tersebut dan juga peranan pentingnya dalam pembangunan Pulau Pinang.

Komponen-komponen ini dijangka akan dibuka secara rasmi pada Hari Warisan (Heritage Day) Julai 2025 kelak sebagai penanda lembaran baharu untuk tapak ikonik ini.

Wartawan:  Mengakhiri sesi temu ramah ini, mungkin ada harapan yang mahu dikongsi dengan sekalian pembaca Buletin Mutiara berhubung projek ini.

Hamdan: Saya berharap konservasi kubu Fort Cornwallis digabungkan dengan kewujudan pameran baharu dan penyediaan semula paritkubu akan mengangkat tapak warisan negara ini menjadi salah satu tarikan pelancong utama Malaysia.

Projek ini bertujuan untuk menarik kedua-dua pelawat tempatan dan antarabangsa. Ia menawarkan sebuah pengalaman imersif bagi pelawat yang bersifat educational yang menyerlahkan lagi sejarah Pulau Pinang serta peristiwa-peristiwa yang telah berlaku yang membentuk pembangunan negeri ini.

Harapan besar kami untuk menjadikan kubu Fort Cornwallis sebagai sebuah hab pembelajaran terutamanya untuk pelajar-pelajar sekolah dan siswa-siswi bagi memupuk perasaan penghargaan yang lebih mendalam terhadap warisan budaya dan sejarah Pulau Pinang sekali gus berfungsi sebagai sebuah contoh terbaik pengamalan kerja-kerja pemuliharaan yang mampan.

Sekian.