Futsal pacsa pandemik diharap semarak aktiviti komuniti

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap Pertandingan Futsal Persahabatan Sempena Kempen ❤️PENANG dapat semarakkan kembali aktiviti komuniti pasca COVID-19.

 


“Bersama-samalah kita menjadi penyumbang kepada pemulihan ekonomi, sosial, budaya dan sukan di Pulau Pinang agar kita dapat kembali hidup normal setelah tempoh pandemik.

 

 

“Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa COVID-19 belum diisytiharkan tamat, masih ada kes-kes dalam komuniti, justeru saya harap semua pihak jaga diri dan keluarga supaya selamat,” ujarnya sebelum merasmikan sepak mula pertandingan persahabatan futsal dekat Jalan Clove Hall di sini pagi tadi.

 

Hadir sama, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Lau Keng Ee; Ketua Polis Balai Polis Lebuh Pantai, Inspektor Abd. Basir Hashim dan Pegawai Wakil Tentera Laut Timur Laut Pulau Pinang, Leftenan Komander, Muhamad Fadhil Samsuddin.

 

 

Pertandingan tersebut menggunakan format tiga penjuru meibatkan pasukan Padang Kota, pasukan Pegawai Wakil Tentera Laut Pulau Pinang dan pasukan Balai Polis Lebuh Pantai.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

Video : DARWINA MOHD. DAUD