GEORGE TOWN – Kunjungan Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra ke George Town baru-baru ini mengakrabkan lagi hubungan di antara dua kerajaan tersebut.
“(Hubungan) ini diharap senantiasa harmoni dan bermanfaat bagi kedua-dua kota berkembar (George Town dan Bangkok) khususnya ketika kota kita menyaksikan banjir yang teruk di Bangkok pada tahun lepas,” ujarnya dalam Forum Pembangunan Ekonomi dan Demokrasi ASEAN, di sini.
Turut berucap, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia) dan Datuk Mansor Othman(Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang).
Menurut Sukhamband, pentadbiran Guan Eng yang memperjuangkan integriti wajar disanjung.
Begitu juga berpendapat, perjuangan Anwar dalam membawa agenda perubahan rakyat di tanah air ini juga wajar disambut oleh rakyat tempatan.
Sebelum diumumkan menang dalam pilihanraya gabenor bandar raya Bangkok pada 11 Januari lepas, Sukhumbhand dikenali sebagai seorang cendekiawan dan ahli politik yang berprinsip dan pernah menjadi professor di Universiti Chulalongkorn.
Sukhumbhand merupakan Menteri Luar Thailand ketika Anwar menyandang jawatan Menteri Kewangan sebelum ini.