Gagal sedia kolam cuci tayar lori di tapak pembinaan – pemaju didenda minimum RM500

Admin
CONTOH kolam t a k u n g a n a i r u n t u k m e m b a s u h t a y a r l o r i yang keluar masuk tapak perumahan.
CONTOH kolam takungan air untuk membasuh tayar lori yang keluar masuk tapak perumahan.

SEBERANG PERAI – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) memandang serius mengenai permasalahan yang timbul akibat daripada kegagalan pihak pemaju menyediakan kolam mencuci tayar lori di pintu masuk dan keluar tapak binaan sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Tayar-tayar lori yang tidak dibasuh semasa keluar daripada tapak-tapak perumahan yang masih dalam pembinaan menyebabkan jalan raya menjadi kotor kesan tanah merah dan menjadi penyumbang kepada faktor kemalangan terutama bagi pengguna motosikal.

Menurut jurucakap MPSP, Soon Lip Chee, siasatan telah dilakukan di tapak-tapak perumahan baru di daerah Seberang Perai dan didapati masih ramai pemaju yang melanggar peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT).

KESAN tanah me r a h y a n g melekat di jalan raya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya terutama p e n u n g g a n g motosikal.
KESAN tanah merah yang melekat di jalan raya yang boleh membahayakan pengguna jalan raya terutama
penunggang motosikal.

“Jika disabitkan kesalahan, pihak penguatkuasa MPSP berhak untuk mengeluarkan kompaun minima RM500 dan maksima RM1,000 di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemaju perumahan yang enggan mematuhi peraturan ditetapkan,’’ katanya ketika ditemui Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Di samping itu, beliau memberitahu, pihak penguatkuasa MPSP juga berhak untuk mengarahkan pemaju supaya menghentikan serta-merta sebarang kerja di tapak perumahan terlibat.

Malah, terdapat segelintir pemaju yang didapati tidak memohon permit daripada Jabatan Kejuruteraan untuk kerja-kerja menambun tanah di tapak perumahan turut dikesan.

Bagi kesalahan tersebut, denda minima sebanyak RM1,000 boleh dikenakan terhadap pemaju perumahan.