GEORGE TOWN – Sempena Ramadan ke-10, Gabungan Persatuan India Muslim (GAPEIM) Pulau Pinang menyantuni 40 golongan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan orang kurang upaya (OKU) melalui Majlis Iftar Ramadan dan Sumbangan Hari Raya yang berlangsung di sini sebentar tadi.
Pada majlis berkaitan, keseluruhan sumbangan yang dismpaikan adalah berjumlah RM6,000 dan pemberian duit raya (RM4,000).
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berharap GAPEIM akan terus menjadi jambatan penghubung antara masyarakat India Muslim dengan Kerajaan Negeri serta Persekutuan dalam mengenengahkan isu-isu penting komuniti tersebut.
“Dalam merealisasikan Visi Penang2030, semangat yang tinggi ini sangat diperlukan terutama dalam memenuhi keperluan sosial rakyat dan negeri.
“Justeru, melalui penglibatan dan penyertaan aktif daripada semua kelompok ini, ia membolehkan segala perancangan dan perincian berkaitan dasar serta inisiatif dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya pada majlis berkaitan.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng; ADUN Pengkalan Kota, Daniel Gooi Zi Sen; Presiden GAPEIM, Dr. Ameenul Hussaini Abdul Kader dan pimpinan persatuan gabungan GAPIEM.
Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR