Gelanggang serba guna Lebuh Kampung Benggali lengkapkan projek ‘regeneration’ bandar – Ketua Menteri

Admin
863e9fec 7457 487f 8a7a f7d6b2f2c100 KETUA Menteri menyampaikan ucapan perasmian projek Gelanggang serba guna (hardcourt) Lebuh Kampung Benggali di dewan seminar BDL di sini pada 15 Februari 2025.

BAGAN DALAM – Gelanggang serba guna (hardcourt) Lebuh Kampung Benggali yang siap dibina akan melengkapkan pelan infrastruktur berkaitan di bawah Projek Hab Komuniti Bersepadu Presint sedia ada iaitu Perpustakaan Digital Butterworth (BDL), Pocket Park Lebuh Kampung Benggali dan kolam renang awam Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

d500e719 1ade 4af4 a4e9 0f765cce923f
ACARA gimik perasmian gelanggang serba guna Lebuh Kampung Benggali disempurna oleh Ketua Menteri (berbaju merah) dengan menendang bola ke gawang futsal yang jaga oleh Datuk Bandar MBSP di sini menjelang tengah hari tadi.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi berkata bahawa Butterworth merupakan antara contoh projek penjanaan semula (regeneration) yang berjaya dilaksanakan sejak tahun 2015 dengan penubuhan Unit Butterworth Baru serta hasil kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan ThinkCity Sdn. Bhd. (ThinkCity).

“Sebarang pembangunan di kawasan baharu atau pun sedia ada tidak semestinya hanya dicapai dengan mengorbankan kesejahteraan penduduk setempat.

“Malah, pembaharuan bandar juga tidak hanya terhad pada pembangunan infrastruktur, tetapi ia juga melibatkan (usaha) menghidup komuniti setempat dengan ruang untuk memelihara budaya, warisan serta menggalakkan penyertaan awam yang telah dirangka bawah Visi Penang2030,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan dalam majlis berkaitan di dewan seminar BDL dekat sini pada 15 Februari 2025.

19022540 792c 4e40 a620 2e04cab3b8f5
LIM Guan Eng (tujuh dari kanan) antara pemimpin yang hadir pada majlis merasmikan gelanggang serba guna Lebuh Kampung Benggali di sini tadi.

Berucap sebelum itu, mantan Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu bahawa pada 28 Mac 2021, suatu sesi libat urus telah diadakan oleh MBSP dengan penglibatan 325 komuniti setempat yang mana 81 peratus bersetuju bagi cadangan menggariskan tempat letak kereta di sebahagian Hardcourt Lebuh Kampung Benggali, Butterworth dan sebahagian lagi kekal sebagai kegunaan asal.

“Dengan keluasan 1,466 kaki persegi, gelanggang ini telah dinaik taraf dengan pelbagai komponen baharu termasuk gelanggang pelbagai guna, ruang dwi-guna untuk sukan serta acara dan tempat letak kenderaan.

“Projek ini merupakan satu lagi bukti komitmen MBSP dalam membangunkan infrastruktur yang berkualiti untuk kepentingan komuniti setempat perancangan strategik,” ujarnya yang ADUN Air Putih merangkap Ahli Parlimen Bagan.

df003682 0180 4432 9dfb 250453111349
DATUK Bandar MBSP dalam ucapannya antara lain menzahirkan komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk bandar raya.

Sementara itu, Datuk Bandar MBSP, Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid pula memberitahu bahawa kerja-kerja menaik taraf projek gelanggang serba guna (hardcourt) Lebuh Kampung Benggali dimulakan pada 15 Februari 2024 dan siap sepenuhnya pada pada 9 Ogos tahun lepas.

“Projek Naik Taraf Gelanggang Serba Guna (Hardcourt) dan Tempat Letak Kereta (TLK) Awam di Lebuh Kampung Benggali ini telah siap dibina dengan kos keseluruhan berjumlah RM381,000 yang dibiayai sepenuhnya MBSP.

“Gelanggang yang berkeluasan 1,465 meter persegi ini telah dinaik taraf dengan beberapa komponen utama, termasuk sebuah gelanggang pelbagai guna yang boleh digunakan untuk futsal, bola keranjang, sepak takraw dan bola tampar.

“(Projek penaiktarafan ini juga menyediakan) tempat letak kereta dengan 32 petak keseluruhan, termasuk 31
petak untuk orang awam dan satu (1) lot khas untuk orang kurang upaya (OKU), elemen ‘softscape’ yang merangkumi penanaman pokok serta rumput di sekitar gelanggang dan laluan pejalan kaki yang mesra pengguna,” ulasnya.

Hadir sama, ADUN Bagan Dalam, K. Kumaran; ADUN Bagan Jermal, Chee Yeeh Keen; ADUN Sungai Puyu, Phee Syn Tze; barisan Ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Lestasi MBSP, Normaira Abdul Rahman.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS
Video : SITI NURATIKAH RAHMAT