Generasi muda perlu jadi pelopor kepada usaha zero waste

Admin

PULAU BETONG – Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ar. Yew Tung Seang mahu generasi muda pada hari ini menjadi pelopor dalam usaha mengurangkan penghasilan sampah atau zero waste di negeri ini.

 

 

Katanya, secara per kapita, setiap individu di negeri ini menghasilkan 1.04 kilogram (kg) sampah setiap hari.

 

 

“Di bahagian pulau sahaja kita hantar lebih 711 tan sampah ke Pulau Burung di Seberang Perai Selatan dan penghasilan sampah yang berterusan akan memendekkan jangka hayat tapak pelupusan tersebut.

 

 

“Jadi, kita perlukan anak muda kita untuk pertahankan alam sekitar kita, ajar kepada generasi lebih berusia, kalau kita tidak melakukan sebarang usaha keadaan akan bertambah tenat, tambahan pula setiap tahun MBPP membelanjakan kira-kira RM6 juta satu tahun sebagai tipping fee, kalau kita kurangkan sampah, perbelanjaan itu juga boleh dikurangkan,” ujar Tung Seang pada Kempen Cabaran Clog Zero Waste@Bazar Ramadan Peingkat Negeri Pulau Pinang, semalam.

 

Hadir sama, Pengarah Politeknik Pulau Pinang, Roseliza Shaari; Pengerusi Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang, Khou Jerome; wakil-wakil Green Educators‘Workgroup (GREW) dan sukarelawan-sukarelawan terlibat.

 

 

 

Melalui kempen tersebut, GREW dengan kerjasama Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang dan Penang Green Council (PGC) menjalankan pentandingan vlog bertemakan zero waste.

 

 

Setiap video yang dimuat naik ke Facebook harus disertakan dengan tanda pagar #PGCGREWGREENRAMADHAN atau hubungi PGC di talian 04-250 3321 untuk keterangan lanjut.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD