MEMUPUK MINAT… Acara jalan ria Glo-Walk 8.0 anjuran Tech Dome Penang (TDC) berjaya menarik 3,000 penyertaan dalam memupuk kesedaran terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan generasi muda.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Lee Boon Heng, selain itu Glo-Walk juga merupakan sebahagian usaha TDC untuk mengutip dana bagi menjalankan program-program berkaitan STEM.
Boon Heng yang turut melepaskan para peserta turut memuji usaha syarikat-syarikat multinasional dalam menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk memupuk minat pelajar dalam program STEM demi kelangsungan sektor ekonomi negeri Pulau Pinang.
Dalam acara yang berlangsung pada 23 September lalu, para peserta berjalan kaki sejauh 4 kilometer bermula dari Taman Belia hingga ke Taman Botani dan berpatah balik.
Antara aktiviti menarik termasuklah senaman zumba, acara permainan bertemakan sains dan cabutan bertuah.
Teks & Gambar : WATAWA NATAF ZULKIFLI