Program Memasak Bubur Lambuk eratkan ukhuwah, perkasa penyertaan sosial belia

PENANTI – Sempena kehangatan bulan Ramadan, Perbadanan Pembanguan Belia Pulau Pinang (PYDC) menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk bertempat di Masjid Taman Guar Perahu.

 

 

Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee yang hadir menjayakan program tersebut menyatakan, adalah tidak lengkap bulan Ramadan tanpa Program Memasak Bubur Lambuk.

 

 

“Seperti sedia maklum, bubur lambuk adalah menu tempatan yang amat sinonim dengan bulan Ramadan bagi umat Islam di seluruh Malaysia. Tidak lengkap rasanya kedatangan bulan Ramadan sekiranya Program Memasak Bubur Lambuk ini tidak dijalankan.

 

 

“Objektif Program Memasak Bubur Lambuk ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai proses memasak bubur lambuk, mengeratkan ukhuwah antara golongan belia dan komuniti setempat serta memperkasa penyertaan sosial belia dalam program yang memanfaatkan pembangunan diri mereka,” ujar Lip Chee ketika berucap pada 24 April lalu di sini.

 

 

Pada program tersebut, sebanyak 860 bekas bubur lambuk berjaya dibungkus sebelum diedarkan kepada penduduk setempat dan sukarelawan-sukarelawan yang hadir.

 

 

Difahamkan pada 17 April lalu, program sama turut berlangsung di Pusat Belia Penaga hasil usahasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Guar Kepah.

 

 

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : PYDC