PENAGA – Bertindak atas maklum balas penduduk, program gotong-royong bagi membersihkan kawasan semak yang dikhuatiri menjadi kediaman binatang berbisa di persimpangan Jalan Paya Cina di sini bakal diadakan dalam tempoh masa terdekat.
Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan (PPK) Penaga, Rosidi Hussain berkata, lanjutan daripada maklum balas diterima, beliau bersama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP), Abdul Latif Abdullah telah mengadakan lawatan ke lokasi terbabit.
“Kita akan mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan semak di situ.
“Selain itu, kita juga akan menurunkan papan tanda yang dipercayai menghalang laluan di persimpangan tersebut bagi mengelakkan kejadian kemalangan,” kata Rosidi kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.