Gotong-royong bersih sungai wujudkan kesedaran

PULAU BETONG – Bagi memupuk kesedaran berhubung tanggungjawab pemuliharaan kebersihan sungai dalam kalangan penduduk, Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong mengambil inisiatif khas menganjurkan Program Gotong- Royong Membersih Sungai sempena Karnival Cintai Sungai Kita di sini baru-baru ini.

Selain pejabat PPK Pulau Betong, turut terbabit adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Titi Teras, Rukun Tetangga Kampung Titi Teras, Qaryah Masjid An-Nur, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Barat Daya.

PPK Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail berkata, program yang dijalankan pada hari tersebut adalah sebahagian kecil usaha untuk memastikan sungai di sini bersih dan indah.

“Pemeliharaan sungai perlu diteruskan dan bukannya dijalankan secara bermusim atau ketika keadaannya telah tercemar kerana ia (sungai) adalah sumber air terpenting,’’ katanya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Program gotong-royong membabitkan penyertaan kira-kira 100 penduduk tanpa mengira pelbagai lapisan umur tersebut adalah bertumpu di Pintu Air Sungai, Taman Rekreasi Pokok Kenanga di sini.

Dalam pada itu, Mohd. Tuah turut yakin program gotong-royong yang dijalankan juga dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung yang terlibat terutamanya golongan belia.

SEBAHAGIAN penduduk kampung yang turut serta dalam Program Gotong-Royong Membersih Sungai sempena Karnival Cintai Sungai Kita di sini baru-baru ini.
SEBAHAGIAN penduduk
kampung yang turut serta dalam
Program Gotong-Royong
Membersih Sungai sempena
Karnival Cintai Sungai Kita di
sini baru-baru ini.