Guan Eng angkat sumpah Ketua Menteri penggal kedua

LIM Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua di hadapan Tuan Yang di-Pertua di Seri Mutiara di sini hari ini.

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

LIM Guan Eng mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di sini hari ini.
LIM Guan Eng mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang di sini hari ini.

GEORGE TOWN – Lim Guan Eng hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dihadapan Tuan Yang di-Pertua Negeri (TYT), Tun Abdul Rahman Abbas di Seri Mutiara, Jalan Utama di sini.

Guan Eng, 53, yang turut ditemani isteri, Betty Chew Gek Cheng bersama ahli keluarganya melafazkan sumpah di hadapan Abdul Rahman sambil disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus pada jam 11.30 pagi tadi.

Hadir sama, 39 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang pada Pilihanraya Umum ke-13 di negeri ini baru-baru ini.

 Guan Eng buat penggal kedua berturut-turut dilantik sebagai Ketua Menteri dalam kenyataan medianya berkata, Kerajaan Negeri akan terus mengekalkan prinsip Cekap, Bersih dan Adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama termasuk mereka yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Malah, beliau juga bertekad akan melaksanakan lebih banyak program-program berkebajikan bagi menghargai mandat yang diberikan rakyat Pulau Pinang.

LIM Guan Eng memeluk erat ibunya selepas Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri di Seri Mutiara.
LIM Guan Eng memeluk erat ibunya selepas Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri di Seri Mutiara.

“Rakyat Pulau Pinang telah menyatakan dengan jelas dan memberikan sokongan tanpa syarat terhadap polisi mesra rakyat Pakatan Rakyat.

“Pulau Pinang tidak akan memberi ruang kepada kroni dan marilah kita bersatu untuk menjadikan negeri ini paling selamat untuk didiami,” ujarnya di sini hari ini.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, Pakatan Rakyat telah memenangi 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 40 kerusi yang dipertandingkan.