Guan Eng : Rakyat terima sumbangan KN tiap-tiap tahun, bukan ‘one-off’

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

JAWI – Rakyat Pulau Pinang akan terus menikmati sumbangan daripada Kerajaan Negeri setiap tahun, bukan sekadar pemberian ‘one-off’ sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan pusat yang didakwa sempena pilihan raya sahaja, kata Ketua Menterinya Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

”Yang penting peruntukan (sumbangan) yang kita (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berikan kepada rakyat setiap tahun ini boleh dilihat, boleh dinikmati dan boleh disentuh setiap tahun, bukannya (sumbangan) ‘one-off’ (sekali sahaja) macam pemberian kerajaan pusat,” ujar beliau malam tadi di perkarangan gelanggang bola keranjang, Perkampungan Jawi, di sini.

Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang boleh menikmati kekayaan di negeri berkenaan kerana Kerajaan Negeri tidak mengamalkan rasuah, pembaziran serta kronisma sebagaimana yang didedah berlaku dalam kerajaan pusat belakangan ini.

“Kita boleh buat (beri sumbangan kepada rakyat) Pulau Pinang kerana kita (Pakatan Rakyat) diberi peluang (memerintah) dengan ‘tak makan duit’ (rasuah) rakyat. Sebab itu, keuntungan Kerajaan Negeri boleh dipulangkan kepada rakyat, bukan kronikroni,” ujar beliau di depan lebih 500 rakyat pelbagai kaum.

Warga emas yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak dua tahun lepas telahpun diberi sumbangan RM100 setiap tahun.

Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ibu tunggal yang didaftar dengan Kerajaan Negeri turut menerima sumbangan RM100 setiap tahun bermula tahun ini.

Bermula tahun depan pula, Kerajaan Negeri akan menambahkan satu lagi sumbangan terus RM100 setiap tahun, iaitu kepada pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang didaftar dengan Kerajaan Negeri.

“Saya fikir rakyat lebih bersedia menerima sumbangan (Kerajaan Negeri Pulau Pinang) tiap-tiap tahun, bukannya lima tahun sekali,” ujar beliau sambil menyeru rakyat untuk terus memperkukuh sokongan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang.

A N T A R A rakyat Pulau Pinang hadir pada Malam Penerangan oleh Ketua M e n t e r i baru-baru ini.
A N T A R A rakyat Pulau Pinang hadir pada Malam
Penerangan oleh Ketua Menteri baru-baru ini.