Harmonikan hubungan masyarakat pelbagai kaum menjelang 1 Syawal – Ketua Menteri

Admin
fd6b5a6f 0104 4885 9e26 924b0d2afff5 KETUA Menteri (kiri, depan sekali) turut menyantuni serta mendapatkan maklum balas peniaga, semasa jerayawara di Bazar Ramadan dekat Masjid Jamek Al-Insaniyah Simpang Ampat di sini pada 4 April 2024.

SUNGAI BAKAP – Usaha berterusan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Al-Insaniyah Simpang Ampat bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyemarak huhungan harmoni pelbagai kaum pada peringkat akar umbi sepanjang bulan Ramadan ini wajar dipuji.

79cfa58f e941 434d bca7 fa0ba0b14aac
KETUA Menteri

Demikian ucapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow seusai mengadakan jerayawara serta menyantuni pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadan Masjid Jamek Al-Insaniyah Simpang Ampat dekat sini pada 3 April 2024.

“Dalam masyarakat majmuk ini, kita juga berharap masyarakat di Pulau Pinang hidup secara harmoni, selalu memupuk (semangat) perpaduan, kerjasama antara satu sama lain.

“Saya pasti pertubuhan seperti (Jawatankuasa Kariah) Masjid Jamek Al-Insaniyah Simpang Ampat di sini memainkan peranan yang penting bagi menjaga kesejahteraan rakyat.

“(Sementara,) pihak keselamatan seperti PDRM (dan) agensi-agensi kerajaan juga akan senantiasa bersama-sama dengan rakyat untuk memastikan kita dapat hidup secara aman, tenteram dan bahagia,” jelasnya yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi.

bf1f2b97 c67d 4cc4 83e3 40ac076aff94
KETUA Menteri bersama-sama barisan pemimpin Kerajaan Negeri lain turut menyertai Majlis Berbuka Puasa di anjung Masjid Jamek Al-Insaniyah Simpang Ampat di sini tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan itu lagi, dengan mengekalkan suasana tenteram dan harmoni dalam masyarakat turut akan membantu agen-agen ekonomi seperti penjaja kecil meneruskan peniagaan masing-masing.

ADUN Bukit Tambun, Goh Choon Aik; Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; dan Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintenden Mohd. Norazmi Abd. Ghapar turut sertai jerayawara bersama-sama Ketua Menteri dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek Al-Insaniyah Simpang Ampat di sini tadi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD
Video : DARWINA MOHD. DAUD