Hasil kajian ternak tiram CEMACS USM wajar dikomersialkan – Kon Yeow

Admin

TELUK BAHANG – Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap hasil kajian Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) mengenai penternakan tiram secara komersial dapat dimanfaatkan demi menjana pertumbuhan ekonomi rakyat dan negeri.

“Kerajaan Negeri berminat untuk melihat hasil kajian yang dapat dikomersialkan seperti penternakan tiram yang berpotensi mendatangkan hasil lumayan kepada penternak dan nelayan.

“Melalui kajian saintifik CEMACS, dapat diterjemahkan sebagai satu lagi sektor ekonomi… dari segi meningkatkan pendapatan rakyat kita yang menceburi bidang (penternakan tiram),” jelasnya ketika melawat pusat penyelidikan itu di Taman Negara Teluk Bahang dekat sini pada 19 Oktober 2019.

Sebelum itu, Pengarah CEMACS @ USM, Prof. Datuk Dr. Aileen Tan Shau Hwai menjelaskan mengenai teras utama perkhidmatan di pusat penyelidikan samudera tertua negara berkaitan.

Exco Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan, Yeoh Soon Hin; Naib Canselor USM, Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan; Profesor Kehormat Pusat Kajian Sains Kaji Hayat USM, Prof. Dr. Zulfigar Yasin turut sertai acara rasmi tersebut.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar & Video : ALVIE CHENG