Hasrat Akademi Auto SLC kerjasama dengan KN, latih pelajar bidang automotif akan dipertimbangkan – TKM II

Admin
BUKIT MERTAJAM – Hasrat Akademi Auto SLC untuk saling bekerjasama dengan kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang dalam melatih tenaga buruh di negeri ini akan diteliti dan dipertimbang, kata Prof. Dr. P. Ramasamy.
Timbalan Ketua Menteri II itu berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja sekitar kawasan akademik itu di sini pada 12 Oktober 2018.
Katanya, pelajar berusia semuda 16 tahun yang tidak lagi berminat dalam bidang akademik, sebenarnya masih mempunyai peluang untuk dilantik dalam bidang automotif di kolej persendirian itu.
“Kerajaan negeri akan sentiasa sokong atas usahasama akademi ini dalam membantu institusi ini meningkatkan lagi bidang kemahiran di sini.
“Memang kami (kerajaan negeri) sangat minat akan latihan ini dan kami akan memberikan keutamaan dalam usaha sama bagi menjayakan program ini” katanya yang juga merupakan Exco Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Sains, Teknologi dan Inovasi.
SLC Auto Akademi merupakan sebuah institusi akademik yang menawarkan latihan dan peluang pekerjaan bidang automotif kepada pelajar yang kurang menunjukkan minat dalam akademik di sekolah.
Dibuka pada tahun 1981 sebagai bengkel baik pulih kereta, berubah menjadi akademi latihan profesional lada tahun 2007 dengan mengambil pelatih antara usia 16 tahun hingga 24 tahun sahaja.
Sehingga kini, Akademi Auto SLC yang beroperasi di Bukit Mertajam berjaya melatih kira-kira 1,000 orang, dan masih membuka pintu pendaftaran kepada semua.
Oleh: YUSNINA MOHAMAD YUSOF