Hasrat Jagdeep temani umat Islam berbuka puasa tertunai

Admin

DATUK KERAMAT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menjelang masuk bulan Ramadan pernah menyatakan hasrat untuk menemani umat Islam berbuka puasa dan niat murni itu tertunai dalam satu majlis di perkarangan Masjid Sheikh Eusoff dekat Kampung Dodol di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan turut menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan hamper kepada sejumlah penerima terpilih sempena menyambut Ihya’ Ramadan.

“Dalam satu majlis gotong-royong di sini (Kampung Dodol) sebelum ini, saya ada menyatakan keinginan untuk menyertai majlis berbuka puasa dan sekarang saya diberi peluang untuk mememani mereka berbuka puasa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis gotong royong di Kampung Dodol di sini, yang diadakan serentak dengan majlis penyampaian sumbangan hamper kepada 70 penerima terpilih.