HBPP antara hospital terbaik di Malaysia – Guan Eng

Admin
ABDUL Malik Abul Kassim ditemani doktor bertugas mengadakan lawatan khas mangsa kemalangan bas yang ditempatkan di HBPP di sini baru-baru ini.
ABDUL Malik Abul Kassim ditemani doktor bertugas mengadakan
lawatan khas mangsa kemalangan bas yang ditempatkan di
HBPP di sini baru-baru ini.

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

GEORGE TOWN“Di atas rasa prihatin kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan bas terbalik di Balik Pulau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedaya yang mampu akan menolong apa yang patut,” kata Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang (HBPP). Mangsa adalah terdiri daripada sekumpulan 44 orang jemaah tabligh dari Myanmar.

Abdul Malik berkata, apa yang lebih mustahak adalah kesihatan mangsa-mangsa tersebut.

“Seramai sembilan mangsa dimasukkan ke sini (HBPP). Seorang daripadanya telah meninggal dunia. Selebihnya berada di dalam keadaan stabil.

“Kita (Kerajaan Negeri) akan cuba pastikan mereka (mangsa kemalangan) menerima perkhidmatan yang sebaiknya hingga pulih. Walaupun sumbangan makanan yang diberikan (oleh Kerajaan Negeri) tidaklah seberapa, namun, saya berharap ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung mangsa,” ujarnya pada sesi lawatan itu di sini baru-baru ini.

KETUA Menteri, Phee Boon Poh ( dua dari kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Koid Teng Guan (kanan sekali) melawat dan bertanyakan khabar mangsa kemalangan
KETUA Menteri, Phee Boon Poh ( dua dari kanan) dan Ahli Dewan
Undangan Negeri Sungai Pinang, Koid Teng Guan (kanan sekali)
melawat dan bertanyakan khabar mangsa kemalangan

Terdahulu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh turut mengunjungi mangsa sejurus selepas mangsa dimasukkan ke HBPP.

Guan Eng berkata, beliau yakin mangsa akan sembuh sepenuhnya secepat yang mungkin.

“HBPP adalah antara hospital yang terbaik di Malaysia. Saya percaya perkhidmatan yang diberikan membolehkan mangsa mendapat rawatan sepenuhnya dan sembuh seperti sedia kala dalam tempoh terdekat,” katanya ketika lawatan mangsa baru-baru ini di sini.