Hentikan keganasan terhadap wanita prasyarat keluarga bahagia – Chong Eng

CHONG Eng dalam sidang media selepas selesai merasmikan Program Keluarga Bahagian di KADUN Padang Lalang di sini pada pagi tadi.

PADANG LALANG – ‘Penang Goes Orange’ iaitu kempen anti keganasan rumah tangga yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri hari ini sejak tahun 2013, kini akan terus disemarakkan pada peringkat akar umbi menerusi wadah seperti Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di semua 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN).

CHONG Eng

Demikian kata Exco Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam, Chong Eng selepas merasmikan Program Keluarga Bahagia di Dewan MPKK Taman Mutiara di sini pada 5 Disember 2021.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang turut memberitahu komuniti setempat bahawa usaha pelbagai pihak dalam menjayakan kempen hentikan keganasan rumah tangga yang dianjurkan peringkat negeri sekali gus akan merealisasikan Visi Penang2030 bertemakan ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’.

“Keluarga bahagian tidak akan dicapai di negara ini selagi wujud kes keganasan terhadap wanita.

“Sehubungan itu, semua pihak mesti mengambil bahagian dalam usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan rumah tangga terutama yang melibatkan wanita.

“Kempen ‘Penang Goes Orange’ akan terus digandakan lagi ke peringkat akar umbi, ke arah memperkasakan komuniti,” jelasnya di depan lebih 50 anggota komuniti setempat di sini.

Di samping itu, Chong Eng turut merakamkan penghargaan kepada Sneham Malaysia iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pembelaan mangsa keganasan rumah tangga dalam kalangan wanita; yang turut menjayakan Program Keluarga Bahagia Peringkat komuniti lokal yang dianjurkan secara bersama antara agensi negeri, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan JPWK Padang Lalang.

ANTARA pemimpin yang terlibat bersama-sama Chong Eng dalam menganjurkan program berkaitan di sini tadi.

Penghulu Padang Lalang, Ahmad Nazar Sharin; Pengerusi MPKK Taman Sri Rambai Fasa 1, Yoganraj Thever; Presiden Shenam, Dato’ Dr. Florance Sinniah; Peguam, Lucas Khaw; Pekerja Sosial Pusat Perkhidmatan Wanita (WCC), Salma Farhana; Pengerusi JPWK Padang Lalang, Amina Lee; dan Timbalan Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas Emas (PAWE), Rosli Puteh antara yang hadir bagi menjayakan kempen nilai peringkat lokal tersebut.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB