SAMBUTA N M E S R A . . . Konsulat Jeneral Jepun ke Pulau Pinang yang baru dilantik, Ryuji Noda, berhasrat mengukuhkan jalinan insan dan pelaburan ke negeri ini sepanjang tempoh khidmatnya di sini.
“Hubungan Jepun dan Pulau Pinang mempunyai susur galur sejarah yang panjang dan ianya masih lagi berterusan sehingga kini sama ada melalui kebudayaan dan pelaburan.
“Terima kasih atas sambutan mesra yang diberikan oleh semua warga Pulau Pinang. Saya berharap anda semua dapat membantu saya
sepanjang khidmat di sini,” kata Ryuji yang baru pertama kali menjejak kaki ke Pulau Pinang.
Beliau yang dilantik menggantikan Tetsuro Kai pada 25 November lalu berjanji untuk memberi sepenuh tenaga dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai konsulat jeneral.