Hubungan PDRM dan Kerajaan Negeri diharap kekal baik

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamed di Komtar pagi tadi.

 

Mohamed Usuf merakamkan ucapan tahniah kepada Kon Yeow setelah dilantik sebagai Ketua Menteri buat penggal kedua.

 

Menurut beliau, kerjasama baik antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Pulau Pinang dengan Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri sendiri terbukti dan adalah diharapkan ia berterusan.

 

Mohamed Usuf sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sebelum melapor diri di Pulau Pinang Pada 15 Ogos 2023.

 

 

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas!

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI