Hujan tidak luntur semangat bersukan

Admin

Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI

ACARA boling kelapa merupakan acara sukaneka tradisi yang mendapat sambutan menggalakkan pada penganjuran Program Hari Mesra Kampungku Bersama Penduduk Kampung Terang dan Kampung Genting di sini baru-baru ini.
ACARA boling kelapa merupakan acara sukaneka tradisi yang mendapat sambutan menggalakkan pada penganjuran Program Hari Mesra Kampungku Bersama Penduduk Kampung Terang dan Kampung Genting di sini baru-baru ini.

PULAU BETONG – Hari hujan tidak menghalang penduduk sekitar Balik Pulau untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran Program Hari Mesra Kampungku bersama Penduduk Kampung Terang dan Kampung Genting, di sini baru-baru ini.

Selain acara mewarna, program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Terang, JKKK Kampung Genting dan Pejabat Pegawai Penyelaras KADUN (PPK) Pulau Betong turut memperlihatkan aktiviti-aktiviti sukan rakyat tradisional.

Antanya adalah pertandingan gubahan bunga, anyaman kreatif, boling kelapa dan pameran agensi-agensi kerajaan.

Turut diadakan adalah majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga dan individu yang kurang berkemampuan serta memerlukan.

Antaranya sumbangan kerusi roda, basikal dan hamper barangan keperluan harian.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Pengerusi JKKK Kampung Terang dan Kampung Genting.