Pendidikan – BANTUAN KEPADA SEMUA
KERAJAAN Pakatan Rakyat (PR) amat prihatin terhadap aspek pendidikan di Negeri Pulau Pinang. Hal ini terbukti apabila Kerajaan PR telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta pada 2009 untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pendidikan di sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz di negeri ini. Jumlah ini bertambah menjadi RM1.75 juta pada tahun 2010 – sejajar dengan Dasar Kerajaan PR untuk Perkasakan Rakyat.
Secara puratanya, sebanyak RM97,000 bantuan kewangan telah disalurkan kepada pembangunan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang.
Hasil peruntukan tersebut, SAR Madrasah Al-Aminiah (SARMAA) kini telah dinobatkan sebagai SAR yang pertama yang mempunyai makmal sains. Selain menghulurkan bantuan kewangan, Kerajaan Negeri turut menyediakan tanah untuk tapak pembinaan SAR dengan kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
Bagi tahun yang 2010, jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk SAR, sekolah menengah jenis kebangsaan (SMJK) Cina, sekolah menengah persendirian, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina, sekolah mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Tamil adalah sebanyak 11.3 juta. Jumlah peruntukan tersebut adalah membabitkan 175 buah sekolah secara keseluruhan.
PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI TAHUN 2010 MENGIKUT JENIS SEKOLAH
Bil. |
JENIS SEKOLAH |
JUMLAH (BUAH) |
PERUNTUKAN (RM) |
1 |
Sekolah Agama Rakyat |
18 |
1.75 juta |
2 |
SMJK (C) , Sekolah Menengah Persendirian,
SJK (C) & Sekolah Mubaligh |
129 |
7.8 juta
|
3 |
SJK (T) |
28 |
1.75 juta
|
|
Jumlah |
175 |
11.3 juta
|
Malah, bagi tahun 2011, dalam usaha untuk mewujudkan sebuah Hab Pendidikan Cemerlang, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 201.4 ekar di Pondok Upeh dan Genting, Balik Pulau. Pada masa sama, jumlah peruntukan pemberian bantuan pembangunan turut ditingkatkan kepada RM12 juta.