Indekas jenayah negeri menurun

Admin

GEORGE TOWN – Kadar indeks jenayah di negeri Pulau Pinang terus menunjukkan petanda baik dengan penurunan sebanyak 32.0% bagi tempoh dua bulan pertama tahun 2011 berbanding tahun lalu bagi tempoh yang sama.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kadar indeks jenayah di Pulau Pinang menurun adalah hasil usaha semua pihak menentang jenayah termasuk usaha pihak Polis Di-raja Malaysia (PDRM) yang mengadakan pemantauan berterusan di kawasan-kawasan yang disenaraikan sebagai kawasan tumpuan jenayah.

Kita (Kerajaan Negeri) mengharapkan agar tahun 2011 ini akan ada lebih penurunan. Kita mahu Pulau Pinang lebih bersih, hijau dan selamat,” ulas beliau.

Menurut statistik, jumlah pengurangan ialah sebanyak 32.0% yang merangkumi penurunan sebanyak 32.4% ke atas jenayah harta benda dan 28.3% ke atas jenayah kekerasan. Tahun lalu, kadar indeks jenayah menurun sebanyak 27.1%.