Industri pelancongan mula catat perkembangan positif

GEORGE TOWN – Lokasi-lokasi tarikan pelancong di Pulau Pinang kini melihatkan perkembangan yang positif sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan, maklum Pengerusi Association of Tourist Attractions Penang (ATAP), Ch’ng Huck Theng.

 

Menurut Huck Theng, situasi tersebut mudah dilihat berdasarkan kehadiran pelancong ke kawasan-kawasan menarik serta aliran trafik yang agak padat.

“Kehadiran pelancong tempatan dari luar Pulau Pinang dilhat meningkat, kita dapat lihat kebanjiran para pelancong ini menerusi aliran trafik masuk ke negeri ini terutamanya di jambatan pertama dan kedua.

 

“Hal ini juga dapat dilihat terutamanya pada hujung minggu dan sekiranya momentum ini berterusan, ia dalah satu pekembangan positif untuk sektor pelancongan di Pulau Pinang berbanding hampir dua tahun kita dibelenggu masalah pandemik COVID-19,” ujar Huck Theng ketika dihubungi Buletin Mutiara semalam.

 

Huck Theng dalam pada itu mengingatkan pemain-pemain industri di negeri ini agar terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar tidak dikompaun.

 

“Keselamatan dan kesihatan mesti diletakkan sebagai keutamaan, kita tidak mahu kebarangkalian berlaku jangkitan atau kluster yang disebabkan oleh pelancongan.

 

“Saya harap kita sama-sama main peranan masing-masing, lakukan juga saringan kendiri tambahan pula harga kit saringan COVID-19 diumumkan cuma RM6.90 pada harga siling.

 

“Sekiranya semua ini dipatuhi, tidak mustahil sektor ini mampu lakukan ‘comeback’ semula dalam menjana ekonomi eperti sebelum era pandemik,” tambahnya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tech Dome Penang (TDP) dalam pada itu turut menyatakan juga menerima kehadiran pelawat yang menggalakkan.

 

“Pada hari biaa kami mampu terima 50 hingga 100 pelawat, manakala cuti umum dan hujung minggu ia mampu cecah sehingga 150 orang pelawat.

 

“Kebanyakkan yang datang ke sini juga adalah dari Kuala Lumpur dan negeri-negeri terdekat,” katanya ketika dihubungi.

 

 

Impak positif tersebut juga memberi kesan kepada Penang Tropical Fruit Farm dalam menerima kehadiran pengunjung yang menggalakkan terutamanya pada hujung minggu.

PemilikPenang Tropical Fruit Farm, Quah Ewe Kheng menggunakan pendekatan promosi tiket sebagai tarikan pengunjung.

 

“Sebagai langkah menghargai pengunjung, kami menurunkan harga tiket. Sebelum ini tiket berharga RM30 untuk dewasa, RM20 kanak-kanak dan bukan warganegara RM40.

 

“Promosi, sekarang Cuma RM20 untuk dewasa, RM10 bagi kanak-kanak dan bukan warganegara juga berharga RM20.

 

“Ini hanya untuk sementara waktu, apabila sempadan antarbangsa kembali dibuka, harga juga akan kembali kepada asal,” jelasnya sambil mempelawa kehadiran orang ramai menikmati kepelbagaian jenis buah-buahan tropika sambil menikmati panorama menarik.

 

Pengarah Urusan Tropical Spice Garden, Katharine Chua dalam pada itu memaklum, pihaknyadak terkecuali menerima  sedikit kesan positif walaupun tidak banyak perubahan dilihat.

 

“Kami turut menerima tambahan kehadiran pelancong sejak larangan rentas negeri ditarik balik baru-baru ini.

 

“Sebenarnya Tropical Spice Garden banyak bergantung kepada pelancong luar negara, seperti sebelum ini (pandemik).

 

“Dalam jangka masa pendek kami juga sedang merangka sedikit perubahan selari dengan komuniti Spice Fam supaya ia mampu meningkatkan lagi kehadiran pengunjung tempatan ke sini,” katanya.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS