Inovasi pacu kecemerlangan penjawat awam

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

PENJAWAT awam, Kamarul Hafiz (dua dari kanan) berjabat tangan dengan S. Kubalan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Ismail Ishak (kiri) dan Hasnah Sulaiman (kanan) setelah terpilih menerima hadiah saguhati pertandingan mencipta slogan Hari Inovasi di sini baru-baru ini
PENJAWAT awam, Kamarul Hafiz (dua dari kanan) berjabat tangan dengan S. Kubalan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Ismail Ishak (kiri) dan Hasnah Sulaiman (kanan) setelah terpilih  menerima hadiah saguhati pertandingan mencipta slogan Hari Inovasi di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – ‘Kecemerlangan Budaya Inovasi’ berpaksikan urus tadbir Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) diharap menjadi formula yang mampu melahirkan modal insan berinovasi dalam kalangan pentadbir dan penjawat awam di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika merasmikan majlis berkata, inovasi adalah pengertian yang signifikan dan elemen penting untuk dihayati serta direalisasikan oleh semua penjawat awam bagi menjayakan ekonomi negeri dan mentransformasikan Pulau Pinang menjadi sebuah negeri bertaraf antarabangsa.

“Dalam arus globalisasi, inovasi dan kreativiti merupakan faktor utama membezakan kecemerlangan sesebuah jabatan dengan yang lain. Tiga penggerak utama ke arah inovasi bersifat global ialah perlu kerja keras tanpa putus asa, kerja dengan amanah dan jujur serta kerja secara berkumpulan.

KETUA Menteri ditemani Farizan Darus (kiri sekali) mendengar penerangan daripada salah seorang wakil peserta Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang.
KETUA Menteri ditemani Farizan Darus (kiri sekali) mendengar penerangan daripada salah seorang
wakil peserta Hari Inovasi Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, tiga aspek yang menyebabkan Malaysia masih jauh ketinggalan adalah kerana penguasaan Bahasa Inggeris, kurang pendedahan di peringkat global dan wujudnya budaya syok sendiri.

“Kecemerlangan bukan bergantung kepada bilangan kakitangan yang ramai, tetapi nilai, mutu dan taraf pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah. Pelaksanaan idea-idea inovasi yang boleh diaplikasi di per ingkat global per lu digembleng, bukan setakat kepuasan diri sendiri saja,” ujarnya pada Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri di sini baru-baru ini.

Sambutan Hari Inovasi tahun ini menyaksikan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengondol hadiah wang tunai RM10,000 dan sijil penghargaan dalam pertandingan mencipta slogan Hari Inovasi Peringkat Negeri anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir memeriahkan majlis, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow.