Insentif pelajar cemerlang suntik semangat lahir masyarakat berilmu

93011b21 9fae 4512 a993 4926da3b5452

GEORGE TOWN – Melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu merupakan salah satu elemen penting bagi Kerajaan Negeri dalam usaha memacu Visi Penang 2030.

Perkara berkaitan adalah merangkumi pengiktirafan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Padang Kota bagi Sesi Persekolahan 2023 kepada 85 penerima yang diharap menjadi penyuntik semangat untuk terus memacu lebih banyak kecemerlangan dalam pendidikan.

a536d7bd 0a41 4d6f 8d75 1221372e706a
KETUA Menteri berucap semasa majlis berkaitan sebentar tadi.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada majlis penghargaan berkaitan yang diadakan serentak bersempena sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia Peringkat KADUN Padang Kota 20254 di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri ingin bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan reformasi pendidikan negara untuk memastikan para pelajar mempunyai akses pendidikan yang berkualiti.

“Justeru, Pusat Khidmat DUN (Dewan Undangan Negeri) Padang Kota hari ini telah meraikan seramai 85 pelajar cemerlang dengan sumbangan insentif sebanyak RM100 untuk Tahun 1 hingga 6; RM150 (tingkatan 1 hingga 4);  RM300 (pelajar Sijil Pelajaran Malaysia, SPM) dan RM500 (pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, STPM).

4a881a9d dfca 4ea2 8489 727ed5dbf3e5“Sebagai wakil rakyat, saya amat mementingkan usaha pembangunan modal insan anak-anak di Pulau Pinang yang sudah tentunya memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti.

“Adalah diharapkan majlis hari ini berupaya membakar semangat penerima untuk terus menimba ilmu serta mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee; Pengarah Komunikasi Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri merangkap Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Yap Lee Ying; Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Batu Kawan dan DUN Padang Kota, Ewe Chee Way serta barisan jawatankuasa MPKK Lebuh Chulia.

Pada majlis sama, bagi memupuk semangat patriotisme sempena sambutan Hari Malaysia, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Lebuh Chulia turut menganjurkan acara mencungkil bakat dan kreativiti peserta.

4ad8c07c 4c5b 40d5 9da7 17fa2fe3bd9a“Aktiviti seperti pertandingan mewarna dan melukis yang dianjurkan oleh MPKK Lebuh Chulia sememangnya membantu Kerajaan Negeri dalam mencapai hasrat tersebut di samping menyuburkan semangat patriotisme dalam sanubari setiap peserta bermula dari bangku sekolah.

“Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas inisiatif ini serta memberi peluang kepada 16 pemenang di samping mengumpul komuniti yang aktif dan sihat,” jelasnya lanjut.

Sementara itu, pemberita berkesempatan menemu bual beberapa pelajar cemerlang yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Methodist sebentar tadi.

img 8413
NUR Ariesya Amani bersama ibunya pada majlis berkaitan.

Bagi Nur Ariesya Amani Ahmad Rizal, beliau amat bersyukur kerana dapat memperoleh semua A dalam peperiksaan yang lepas.

“Saya amat gembira dapat membanggakan ibu, Norhidayu Noor Mohamad dengan kejayaan ini, terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas insentif yang diberikan,” katanya.

img 8415
THANESHIKA dan ibunya.

Menurut G. Nagavalli, ibu kepada pelajar Thaneshika Sri Ramakrishnan, beliau turut berbangga dengan kesungguhan yang ditonjolkan.

“Thaneshika sering menunjukkan prestasi yang cemerlang sewaktu peperiksaan, saya berharap dia dapat mengekalkan momentum tersebut serta berjaya ke hadapan,” ulasnya kepada Buletin Mutiara.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : SITI NURATIKAH RAHMAT

Video : DARWINA MOHD. DAUD