Internet keperluan asasi rakyat, kata Jeff Ooi

Admin
KETUA Menteri menampal pelekat WiFi percuma sambil diperhatikan Lim Hock Seng (dua dari kiri) dan Maimunah Mohd. Sharif (bertudung) di Seberang Jaya.
KETUA Menteri menampal pelekat WiFi percuma sambil diperhatikan
Lim Hock Seng (dua dari kiri) dan Maimunah Mohd. Sharif (bertudung) di
Seberang Jaya.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

PERAIKemudahan WiFi secara percuma yang diwujudkan di Pulau Pinang sejak tiga tahun lepas adalah ekoran prinsip Kerajaan Negeri yang percaya bahawa internet adalah merupakan keperluan asasi manusia di negeri berkenaan.

Pengerusi PDC Telecommunication Services Sdn. Bhd.  Jeff Ooi Chuan Aun baru-baru ini berkata demikian dalam Majlis Pelancaran WiFi Percuma Pulau Pinang Peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai.

“Internet juga seperti bahan asasi seperti air, makanan dan udara. Era ini, internet sangat diperlukan oleh rakyat.

“Saya rasa, internet percuma bukan sahaja perlu di Pulau Pinang, tapi di Malaysia kerana dunia serba maklumat sangat diperlukan untuk rakyat,” kata beliau di perkarangan Restoran Xing Feng, Taman Inderawasih, di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy turut berucap pada majlis tersebut.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng, Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) turut hadir pada majlis berkenaan.

Difahamkan, majlis pelancaran yang sama turut dilangsungkan di beberapa DUN lain sekitar Seberang Perai. Antaranya, Bertam, Sungai Bakap, Berapit, Pematang Pasir, Penanti, Bagan Dalam, Seberang Jaya dan Padang Lalang.

SALAH seorang p e n g u n j u n g m e m e r h a t i k a n sepanduk WiFi percuma Pulau Pinang Fasa 2 di pusat membeli-belah Queenbay Mall
SALAH seorang
p e n g u n j u n g
m e m e r h a t i k a n
sepanduk WiFi
percuma Pulau
Pinang Fasa 2 di
pusat membeli-belah
Queenbay Mall

Sebanyak RM8.5 juta diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi memasang 800 hotspot WiFi di semua kawasan DUN Pulau Pinang.

Syarikat telekomunikasi, REDtone Sdn. Bhd. telah diberi tanggungjawab untuk memasang serta menyelenggara kesemua hotspot itu dalam tempoh lima tahun.

Itu, tidak termasuk 750 hotspot yang dipasang secara percuma oleh REDtone sebelum ini (fasa 1) yang dilancarkan pada tahun 2010.

PARA pengunjung mencuba rangkaian WiFi percuma.
PARA pengunjung mencuba rangkaian
WiFi percuma.