Isu perobohan 12 Rumah Kampung Sungai Nibong Besar selesai dalam 24 jam

Oleh: NORSHAHIDA YUSOFF

PENDUDUK Kampung Sungai Nibong Besar b e r s y u k u r a t a s inisiatif khas Kerajaan Negeri menyelesaikan kemelut mereka.
PENDUDUK Kampung Sungai Nibong Besar
bersyukur atas inisiatif khas Kerajaan Negeri menyelesaikan kemelut mereka.

PANTAI JEREJAK – Atas usaha khas pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), isu perobohan 12 rumah Kampung Sungai Besar dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Hasil perbincangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dengan bantuan Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri I bersama pihak pemaju, 12 penduduk berkenaan bakal memperoleh pampasan satu rumah ganti satu rumah kos rendah bernilai RM42,000 dan kos pindah, RM5,000. Ini bermakna, para penduduk bakal memperoleh nilai pampasan berjumlah RM47,000.

Tze Tzin berkata, hasil inisiatif khas, Kerajaan Negeri telah mencapai kata sepakat bersama pemaju untuk memberikan rumah kos rendah bernilai RM42,000 dan RM5,000 sebagai wang pampasan untuk kerja pemindahan kepada para penduduk.

“Pakatan Rakyat memang membela nasib orang kampung tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik. Dengan perjanjian ini, mereka (penduduk) akan diberi kelongaran selama tiga bulan untuk pindah ke rumah baru,’’ katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pampasan di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Sungai Nibong Pantai di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian baru-baru ini, keadaan di Kampung Sungai Nibong Besar tegang apabila seramai 12 rumah penduduk diberikan notis roboh dan pengosongan oleh Mahkamah Sesyen George Town. Kejadian berlaku apabila wakil mahkamah, Bailif Mahkamah Majistret Balik Pulau, Ahmad Abdul Karim turun ke kampung berkenaan untuk laluan kerja perobohan.

Setahun sebelum ini, Tze Tzin telah memperoleh tawaran yang baik kepada penduduk kampung.

Namun, malangnya, penduduk kampung yang dipercayai telah dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab tidak ingin mengambil tawaran berkenaan. Ekoran itu, mereka telah membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi kalah.

sgnibongbesarhasnahhassan

Sementara itu, seorang penduduk, Hasnah Hassan, 50, yang mendiami kampung berkenaan hampir 40 tahun berkata, beliau amat berterima kasih kepada Tze Tzin dan juga Kerajaan Negeri kerana turut sama menyelesaikan masalah berbangkit ini.

“Kami penduduk kampung berasa sangat teruja dan gembira dengan pemberian rumah ini. Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan untuk berpindah ke rumah yang baru,” katanya ketika ditemui Buletin Mutiara di sini.