Jadikan karnival bola sepak acara tahunan komuniti Shahbandar – Ahli Majlis MBSP

Admin

BERTAM – Buat julung kalinya, Persatuan Komuniti Shahbandar (PKS) mengambil inisiatif menganjurkan Karnival Bola Sepak Merdeka Shahbandar Lima Sebelah dalam usaha menyemarakkan lagi penganjuran sukan komuniti di Bertam dekat Seberang Perai Utara (SPU).

 

 

Menurut Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Zainuddin Mohamed, penganjuran karnival tersebut berjalan lancar walaupun cuaca pada awalnya hujan.

 

 

Karnival ini merupakan inisiatif yang saya bawa melalui PKS dan disambut baik oleh mereka yang kemudiannya membentuk jawatankuasa penganjur melibatkan Surau Al-Husna, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Shahbandar (Bertam Perdana 3) dan Geng Bola Bertam.

 

 

“Program ini juga diserikan dengan penampilan khas pemain bola sepak profesional, Mohd. Faiz Subri yang juga Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016,” ujarnya.

AHMAD Zakiyuddin Abd. Rahman ketika menyampaikan ucapan perasmian di Padang Shahbandar, Bertam Perdana 3 dekat sini.

 

Hadir menyempurnakan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal.

 

 

Dalam pada itu, Zainuddin turut merakamkan ucapan Syabas dan tahniah kepada semua pemenang yang menyertai pertandingan bola sepak bawah 12 tahun dan pertandingan sampingan untuk komuniti berumur 13 tahun ke atas.

 

 

Tahniah dan syabas juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini, insyaAllah karnival ini akan dijadikan program tahunan komuniti di sini,” katanya.

 

 

Selain pertandingan bola sepak turut diadakan acara sepak penalti dan jaringan bola jarring sebagai acara sampingan.

 

ZAINUDDIN Mohamed (tengah, bertopi) bersama-sama jawatankuasa penganjur Karnival Bola Sepak Merdeka Shahbandar 5 Sebelah.

 

Gambar : AHLI MAJLIS