Jadikan usahawan flora punca rezeki – Rashid

Oleh : AHMAD ADIL MUHAMAD

BUKIT MERTAJAM – Karnival Usahawan Flora (Orkid) Ke-2 yang berlangsung selama 10 hari barubaru ini berjaya mengumpulkan lebih daripada 3,000 jenis orkid untuk tatapan umum di sini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, jumlah tersebut walau bagaimanapun adalah sedikit sekiranya dibandingkan dengan jumlah keseluruhan jenis orkid yang terdapat di dunia iaitu kirakira 50,000 jenis.

“Justeru, berdasarkan peluang yang luas, Kerajaan Negeri menggalakkan agar masyarakat setempat dapat mengambil peluang untuk menjadikan usahawan flora ini sebagai punca rezeki terutamanya dalam membuka peluang pekerjaan kepada generasi muda,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Usahawan Flora (Orkid) Ke-2 di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin, Huzaimi Ghazali (Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, SPS) dan Roziyah Shariff (Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, SPU).

Karnival berkenaan adalah anjuran Pejabat Timbalan Ketua Menteri I dengan kerjasama Persatuan Pelancongan dan Warisan Melayu Pulau Pinang.} else {