KELANTANGAN peguam terkenal Karpal Singh dalam memperjuang isu keadilan hak serta hak asasi manusia rupa-rupanya memberikesan langsung pada dirinya di rumah sejak kecil lagi.
Dari situ, beliau mulai menyimpan niat untuk menjadi peguam.
Namun, penahanan ayahnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu masa dahulu hampir menangguh niat beliau untuk
melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di Australia.
Sudah 18 tahun beliau menjadi pengamal undang-undang dan kini bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat untuk
penggal pentadbiran kedua, Jagdeep Singh Deo, 43, ditaklif pula sebagai Exco Perumahan & Perancangan Bandar dan Desa baru-baru ini.
Ikuti wawancara eksklusif beliau dengan wartawan akhbar Buletin Mutiara (BM), ZAINULFAQAR YAACOB.
BM: Selepas dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), apakah perasaan Tuan?
Jagdeep: Saya berasa ini tugas yang berat, tetapi, dengan pengalaman perundangan yang saya ada, saya yakin saya boleh melakukan sesuatu.
Saya sendiri menyedari, memang banyak cabaran wujud di Pulau Pinang seperti kos perumahan melambung naik. Ini adalah satu kesan dari ekonomi terbuka (iaitu) kalau ada permintaan, memang harga (hartanah) akan naik. Ini adalah ekonomi terbuka kapitalis.
Tetapi, pada masa yang sama, kita (Kerajaan Negeri) sangat menyedari bahawa ada satu golongan memang tidak mampu membeli rumah dalam kos begitu tinggi.
Sebagai kerajaan negeri, kita perlu menyediakan rumah-rumah kos rendah (KR) dan rumah – rumah kos sederhana rendah (KSR) dan kini rumah mampu milik (M).
BM: Isu perumahan kos rendah dan kos sederhanan rendah sejak penggal lepas lagi cuba diselesaikan, tetapi, seakan tiada penghujungnya. Tuan sendiri lihat bagaimana?
Jagdeep: Rumah KR, KSR dan M yang sedia ada pun masih tidak mencukupi kerana ada masalah lain seperti yang saya s ebut sebelum ini. Justeru, kita (Kerajaan Negeri) memerlukan satu mekanisme yang lebih baru.
Selepas dilantik menjadi Exco, saya telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Pembersihan Proses Perolehan Perumahan
(JPPPP) atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘ Selection Process Enhancement Comittee’ (SPEC).
Selain saya, lima lagi wakil rakyat menganggotai jawatankuasa ini. Dari proses permohonan sehinggalah proses perolehan, kita akan mengkaji keseluruhan proses tersebut di mana kita hendak memperbaiki sistem yang sedia ada.
Nama penerima kita akan paparkan dalam akhbar Buletin Mutiara supaya proses bantahan boleh dilakukan ke atas mereka yang tidak layak menerima rumah mampu milik ini.
Kita (JPPPP) telah bermesyuarat beberapa kali dan ini adalah antara keputusannya. Ini juga adalah salah satu halatuju saya sebagai exco.
Kita nak sistem perolehan ini lebih efisyen di mana unit-unit rumah tersebut mesti sampai pada mereka yang paling layak sahaja.
BM: Rumah mampu milik di Pulau Pinang dikatakan masih mahal dan tidak mampu dibeli. Adakah Tuan mempunyai apa apa perancangan mengenai isu ini?
Jagdeep: Kita mesti kawal harga perumahan KR, KSR dan M yang disediakan, walaupun sukar. Dengan polisipolisi sebegini, saya fikir, implementasinya perlu cepat supaya kita dapat melindungi golongan yang memerlukan rumah mampu milik ini.
Sekadar ada pelan pemajuan hitam putih, itu masih tidak merealisasi polisi-polisi lagi. Perlu lihat pembangunan secara fizikal, jika elok, kita teruskan.
Dalam pada itu, projek t e r b e s a r p e r u m a h a n mampu milik di Batu Kawan dekat Seberang Perai dan di S.P. Chelliah (dekat Pulau) dengan projek pembangunan satu atau dua blok boleh dimulakan tahun ini juga.
Ada pihak mengatakan rakyat cuba diusir keluar dari pulau ke Batu Kawan.
Sebenarnya kita ada projek perumahan di Seberang Perai dan pulau, bukan tiada langsung di pulau.
Kalau projek perumahan banyak di pulau, penghijrahan masuk ke pulau kian padat.
Pulau Pinang bukan pulau sahaja, tetapi Seberang Perai juga .Maka, perlu pembangunan di Seberang juga.
Biar satu masa nanti tiada lagi perbezaan antara pulau dan seberang sebagaimana hampir-hampir tiada lagi perbezaan antara daerah Barat Daya dan Timur laut (di pulau).
Selain ini, untuk warga asing, kita (Kerajaan Negeri) tidak membenarkan mereka membeli pangsapuri mewah di bawah harga RM1 juta dan rumah atas tanah di bawah harga RM2 juta.
Jika tiada polisi sebegini, kepentingan rakyat tempatan untuk hartanah di bawah harga itu (RM1 juta) tidak dilindungi.
Itu prinsipnya. Untuk meletakkan harga siling untuk rumah mampu milik sendiri bukanlah sesuatu yang mudah dalam ekonomi kapitalisme terbuka ini kerana selagi ada permintaan, maka, harga rumah akan meningkat.
Orang akan beli walaupun kita (Kerajaan Negeri) cuba untuk mengawalnya. Apa yang boleh kita (Kerajaan Negeri) buat adalah membekalkan rumah mampu milikini melalui PDC (Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang) yang akan membina beberapa projek.
Bagi sektor swasta juga, bagi satu-satu pemajuan projek perumahan, mereka juga diminta membina rumah mampu milik.
Ini syarat yang kita buat. Kelas menengah yang sebelum ini terperangkap (serta) di luar kelayakan mereka untuk memohon KR (rumah kos rendah) dan KSR, boleh memohon rumah mampu milik sekarang.
Disitulah, kaedah penstrukturan semula rumah yang mampu kita lakukan dalam ekonomi terbuka ini, terutamanya juga
memandangkan Malaysia menuju ke arah negara maju.
Apa yang cuba kita lakukan adalah mendekati golongan kelas menengah ini juga. Ini bahagian yang akan saya fokus. Saya nak lihat progres secara fizikal projek-projek ini dalam penggal ini.
Harapan saya supaya perumahan di Pulau Pinang dapat diatasi permasalahannya.
BM: Apakah harapan Tuan untuk lima tahun diamanahkan sebagai Exco Perumahan & Perancangan Bandar dan Desa?
Jagdeep: Harapan saya supaya perumahan di Pulau Pinang dapat diatasi permasalahannya.
Apa yang lebih penting lagi adalah untuk melaksanakan keadilan serta membantu golongan yang layak menerima tawaran rumah mampu milik. Ini fokus saya