Jelajah Usahawan Siri 1 ketengah produk tempatan, akan diteruskan ke daerah lain

96722829 eaa7 47be acf5 fcd92149dbec

SUNGAI ACHEH – Program Jelajah Usahawan Pulau Pinang Siri 1: Seberang Perai Selatan (SPS) yang diadakan pada 30 November 2024 berjaya menarik kira-kira 2,000 orang pengunjung.

Menurut Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar, Dato’ Rashidi Zinol, program tersebut diadakan bagi mengetengahkan produk-produk usahawan tempatan di negeri ini, khususnya di daerah SPS.

7cb793c3 3bf9 44cc bb2d 2713c58ffd3f

“Selain daripada perniagaan oleh usahawan-usahawan,12 agensi keusahawanan juga hadir untuk memberi penerangan lebih terperinci berkenaan perkhidmatan yang disediakan bagi membantu para usahawan kecil di Sungai Acheh.

“Seramai 120 orang usahawan turut mempamer dan menjual produk-produk mereka seperti makanan, minuman, pakaian dan perkhidmatan lain yang disediakan,” ujar beliau kepada Buletin Mutiara.

 

36aef9d5 d96f 4c7b 8bbb 00d8fdbde1af

Dengan kejayaan tersebut, Rashidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh berkata pihaknya akan meneruskan jelajah sama di daerah-daerah lain selepas ini.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : EXCO