Oleh: AINUL WARDAH SOHILLI
GEORGE TOWN – Sepanjang bulan Ramadhan ini, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bakal melipatgandakan langkah p e n g u a t k u a s a a n b a g I membendung gejala maksiat dan salah laku di sini.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, penguatkuasaan tersebut adalah khususnya berkaitan Seksyen 15 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu kesalahan tidak menghormati bulan Ramadhan.
“Jika disabitkan kesalahan, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau tidak melebihi enam bulan atau keduaduanya sekali dan bagi kesalahan kali kedua, adalah sekali ganda kesalahan pertama,” jelasnya pada sidang media di sini baru-baru ini.
Menurut Abdul Malik, salah laku lain di bawah Enakmen tersebut adalah kesalahan berjudi (di bawah Seksyen 18), khalwat (Seksyen 27), lelaki yang berpakaian seperti wanita (Seksyen 28), perbuatan tidak sopan di khalayak ramai (Seksyen 29) dan perbuatan menggalakan maksiat (Seksyen 35).
“ Statistik pada 2010 menunjukkan seramai 205 suspek ditahan membabitkan pelbagai kesalahan sebagaimana disenarai, 208 (2011) dan 216 (2012).
“Ekoran peningkatan tersebut, JHEAIPP memutuskan untuk menjalankan penguatkuasaan lebih tegas berbanding tiga tahun kebelakangan ini,” tegas Abdul Malik.
Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa di bawah Bahagian Penguatkuasaan Halal JHEAIPP, tindakan tegas juga akan diambil terhadap premispremis penjualan makanan yang didapati melanggar Akta Perihal Dagangan (Takrif Halal) dan Perakuan dan Penandaan Halal.
“Tahun lalu, sejumlah lapan premis telah diambil tindakan tegas kerana menjual makanan kepada mereka yang ponteng puasa.
“Tahun ini, kita akan bertindak berdasarkan risikan dan pemantauan di 20 lokasi panas telah dikenalpasti dan berharap strategi ini dapat mengurangkan kadar berlakunya maksiat di bulan Ramadhan, inshaAllah,” katanya.
Serentak itu, Abdul Malik turut mengumumkan penganjuran Penang Ramadhan Suoq 2013 yang telah memasuki tahun ketiga di Aras 3, Konkos, Komtar di sini dengan melibatkan 50 penyertaan peniaga dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bermula 9 Julai lalu.