JKNPP senarai 12 lokaliti wabak denggi terkawal

Admin
whatsapp image 2024 08 29 at 15.14.27

MINGGU Epidemiologi (ME) Ke-35 menunjukkan bahawa secara kumulatif, iaitu dari 31 Disember 2023 sehingga 28 Ogos 2024, Pulau Pinang merekodkan sebanyak 3,272 kes denggi dengan tujuh kematian dilaporkan, manakala kes harian pada tarikh tersebut adalah tujuh kes.

 

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada ME Ke-35 sehingga 27 Ogos 2024. 

 

Bilangan wabak semasa bagi daerah Timur Laut adalah sebanyak tujuh kes, diikuti Seberang Perai Tengah (3); Seberang Perai Selatan (2); Seberang Perai Utara (1) dan daerah Barat Daya (0).

 

Infografik JKNPP juga menunjukkan, di daerah Timur Laut, Leader Garden disenaraikan sebagai lokaliti bagi Wabak Tidak Terkawal (WTK) sehingga semalam (28 Ogos 2024) dengan jumlah kes dilaporkan adalah lapan. 

 

Sehingga hari ini terdapat 12 lokaliti dikategori sebagai Wabak Terkawal (WT) iaitu di Taman Terubong Indah yang mana dua kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes sebanyak sembilan bagi lokaliti tersebut. 

 

Lain-lain lokaliti WT termasuklah Jalan Irrawadi dengan jumlah kes sebanyak dua; Sri Wangsa 2 (2); Desa Mas Condominium (2); Changkat Delima (2) dan Kristal Height (2).

 

Bagi Seberang Perai Tengah, satu kes baharu dilaporkan di Jalan Tun Hussein Onn menjadikan jumlah kes sebanyak empat dan masing-masing dua kes direkodkan di Jalan Perai Jaya dan Flat Telok Indah.

 

Kampung Padang Lalang di Seberang Perai Selatan pula mencatatkan satu kes baharu menjadi jumlah kes setakat ini sebanyak tiga kes dan Bandar Tasek Mutiara (6).

 

Di Seberang Perai Utara, jumlah kes direkodkan adalah dua kes di Taman Cempaka Sari dan dikategorikan sebagai lokaliti WT.

 

Maklumat mengenai kes denggi terkini boleh layari laman sesawang https://idengue.mysa.gov.my/ atau Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang di https://www.facebook.com/jknpenang .

457252102 907403541418173 6461163028383459716 n

 

Gambar : JKNPP