Jom bersama-sama meriahkan Hari Pendidikan Awam MBPP 10 November ini

Admin
whatsapp image 2024 11 07 at 10.41.18

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyeru orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran Hari Pendidikan Awam dekat Lebuh Pantai pada 10 November ini.

Ahli Majlis MBPP, Benji Ang Ming Quan berkata program yang julung kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Pendidikan Awam pihak berkuasa tempatan (PBT) itu akan berlangsung dekat dari jam 7 pagi hingga 11.30 pagi.

Katanya, penganjuran program tersebut adalah bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai anugerah serta pencapaian MBPP bagi tahun 2023 dan 2024.

whatsapp image 2024 11 07 at 10.41.18 (1)whatsapp image 2024 11 07 at 10.57.36 am whatsapp image 2024 11 07 at 10.57.23 am

“MBPP merupakan PBT pertama yang nenganjurkan program seumpama ini di kawasan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO).

“Pada hari tersebut, kami akan pamerkan pelbagai aset milik MBPP serta dan paling penting pengunjung akan dapat merasai pengalaman mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Majlis.

“Selain itu, MBPP turut mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada orang ramai mengenai polisi dan program yang telah dianjurkan oleh MBPP,” katanya pada sidang media dekat Dewan Bandaraya di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ahli Majlis MBPP, Ooi Mei Mei; Lee Seng Hwai dan Dato’ Abdul Razak Abdul Rahman serta Pengarah Pengurusan Korporat Dan Komuniti MBPP, Muhammad Muashraf bin Mohamed.

Ming Quan berkata, program tersebut turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada beberapa agensi Kerajaan Persekutuan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Bagi orang ramai yang ingin melunaskan sama trafik boleh hadir ke program ini kerana JPJ akan membuka kaunter bayaran saman pada hari tersebut di samping pertunjukan demonstrasi memadam kebakaran oleh pihak Jabatan Bomba.

“Lebih menarik lagi apabila pihak Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS) akan membawa beberapa spesies hidupan laut yang masih hidup ke pmaeran ini,” ujarnya.

Serentak dengan itu juga katanya, MBPP turut akan menganjurkan Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

“Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan mewarna ini adalah digalakkan untuk mengumbas Kod QR yang disediakan tetapi penyertaan secara walk-in juga diterima.

“Seramai 10 peserta akan dipilih sebagai pemenang bagi pertandingan ini, yang mana pemenang bagi tempat pertama sehingga ketiga akan menerima hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM150 (johan) dan RM100 (kedua dan ketiga),” jelasnya sambil menambah bahawa program tersebut mungkin dijadikan sebagai acara tahun MBPP pada masa akan datang.

Acara lain yang turut dianjurkan adalah Car Free Day, Jendela Pelanggan, zumba dan senamrobik, pameran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), informasi pendidikan awam dan banyak lagi.

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : SIEW CHIA EN