BERTAM – Pada 14 Mac 2021 iaitu Ahad ini mulai 3:00 petang hingga 8:00 malam bakal berlangsungnya Pesta Buatan dan Hasil Pertanian Tempatan di perkarangan Pejabat Pegawai Penyelaras Khas kepada Ketua Menteri dekat Lorong Satu di sini.
Menurut Lay Hock Peng, Ketua Menteri Y.A.B Tuan Chow Kon Yeow sendiri dijadualkan menyempurnakan acara perasmian pesta tersebut, pada jam 3:00 petang.
“Tujuan penganjuran program baharu ini adalah untuk kita mempromosi serta mengetengahkan produk dan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh penduduk tempatan di kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan Kepala Batas.
“Selain itu, kita berharap kawasan ini (perkarangan Pejabat Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri) suatu nanti akan menjadi pusat untuk produk-produk eko-pelancongan tempatan untuk pengguna di luar sana.
“Kupon boleh dibeli di pusat ini dengan harga sebuku RM20,” jelasnya dalam sidang media promosi di sini pada 10 Mac 2021.
Wakil BIHO atau Kepala Batas Bihun Sdn. Bhd., serta wakil firma pengeluar makanan snek Everbest Biotech Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat pengeluar produk tempatan yang menyertai sidang media promosi pesta tersebut.
Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD